INTERNATIONAL
China tidak mahu ada campur tangan, aktiviti entiti asing di Laut China Selatan - Penganalisis
Penganalisis berpandangan campur tangan entiti asing di Laut China Selatan merupakan antara punca Kod Etika perairan itu belum dimuktamadkan. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Rundingan Kod Etika (COC) Laut China Selatan antara ASEAN dan China tertangguh kerana beberapa isu yang belum dapat disepakati.
Ringkasan AI
Penganalisis berpandangan campur tangan dan keberadaan entiti asing di perairan yang dipertikaikan itu merupakan antara kegusaran yang dibangkitkan.
Pengarah Pusat Pengajian Pertahanan dan Keselamatan Antarabangsa (CDISS) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof. Dr. Adam Leong Kok Wey berkata, China mahu mempunyai budi bicara dalam menentukan aktiviti yang melibatkan negara-negara selain ASEAN di Laut China Selatan.
"China mahu mempunyai budi bicara dalam latihan ketenteraan yang dilaksanakan di Laut China Selatan. Contohnya jika Malaysia hendak adakan latihan ketenteraan dengan Australia, maka persetujuan China perlu diperolehi terlebih dahulu,” katanya.
Beliau bekata demikian dalam program Dialog ASEAN25 pada Khamis.
Tambahnya, China juga tidak mahu ada sebarang penglibatan syarikat minyak asing dalam eksplorasi minyak dan gas di perairan berkenaan.
Dalam pada itu, Profesor Fakulti Undang-Undang Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof. Datuk Dr. Rahmat Mohamad pula berkata, lumrah pertubuhan ASEAN yang berbentuk organisasi kerjasama antara kerajaan yang tidak boleh membuat keputusan mengikat juga menjadi faktor CoC Laut China Selatan itu tertangguh.
"ASEAN merupakan pertubuhan antara kerajaan. ASEAN tidak sama seperti Kesatuan Eropah (EU) yang mana semua keputusan adalah mengikat. Di sini kita ada sebuah organisasi 10 negara yang mana setiap anggota mempunyai pendirian tersendiri.
“Kepentingan domestik adalah penting dan keutamaan. Maka kita faham punca sebahagian negara anggota ASEAN tidak cenderung menerima Kod Etika (CoC) Laut China Selatan,” ujarnya.
Menurut beliau lagi, ketika rundingan CoC Laut China Selatan ini sedang berjalan sekalipun, rundingan dua hala secara terpisah antara China dengan negara-negara anggota ASEAN turut berjalan.
Rahmat berkata, motivasi utama kepada tindakan yang berlangsung di luar platform ASEAN itu adalah kerana pertimbangan kepentingan ekonomi setiap negara-negara terbabit.
Pada 19 Januari lalu, Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata CoC Laut China Selatan, inisiatif yang bermatlamat menyelesaikan pertikaian sempadan di lautan tersebut, masih dalam perbincangan di peringkat awal.
Menurut Mohamad, masih pramatang untuk membincangkan hasil akhir kod tersebut kerana banyak perkara teknikal yang perlu diperhalusi, termasuk mekanisme pelaksanaan dan tahap komitmen semua pihak yang terlibat.
Ringkasan AI
- Isu Campur Tangan Entiti Asing: China mahu mempunyai budi bicara dalam menentukan aktiviti ketenteraan dan eksplorasi minyak dan gas oleh negara-negara selain ASEAN di Laut China Selatan. Struktur ASEAN: ASEAN sebagai pertubuhan antara kerajaan yang tidak membuat keputusan mengikat menyebabkan kesukaran dalam mencapai persetujuan bersama mengenai CoC. Rundingan Dua Hala: Rundingan dua hala antara China dan negara-negara anggota ASEAN terus berjalan di luar platform ASEAN, dipengaruhi oleh kepentingan ekonomi setiap negara.