awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China tolak rancangan Trump untuk "ambil alih" Gaza, pindah jutaan penduduk Palestin

Bernama
Bernama
05/02/2025
13:45 MYT
China tolak rancangan Trump untuk "ambil alih" Gaza, pindah jutaan penduduk Palestin
China pada Rabu menolak rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, untuk "mengambil alih" Gaza dengan menyatakan ia menentang pemindahan paksa rakyat Palestin ke negara jiran. - Foto hiasan
ISTANBUL: China pada Rabu menolak rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, untuk "mengambil alih" Gaza dengan menyatakan ia menentang pemindahan paksa rakyat Palestin ke negara jiran, lapor Agensi Anadolu (AA), memetik media kerajaan.
Beijing "sentiasa percaya yang 'rakyat Palestin mentadbir Palestin' adalah prinsip asas bagi pentadbiran selepas perang di Gaza," kata jurucakap Kementerian Luar China Lin Jian, kepada pemberita.
"Kami menentang pengalihan dan pemindahan paksa penduduk di Gaza," tegas Lin, menolak rancangan kontroversial Trump untuk menguasai wilayah Palestin itu.
Kenyatan Beijing dibuat selepas Trump mengumumkan rancangan untuk AS "mengambil alih" Semenanjung Gaza dan "membangunkannya selepas memindahkan rakyat Palestin ke negara jiran."
Trump membuat kenyataan tersebut dalam sidang media bersama Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu yang sedang melakukan lawatan ke Washington.
"AS akan menguasai Semenanjung Gaza dan kami akan melakukan perubahan di sana," katanya. "Kami akan membangunkannya, mencipta ribuan peluang pekerjaan dan ini akan menjadi sesuatu yang boleh dibanggakan oleh seluruh Timur Tengah."
Trump tidak memberi butiran lanjut tentang bagaimana AS akan melaksanakan rancangan pemindahan tersebut.
Sebaliknya, Kementerian Luar China berkata ia berharap "semua pihak berkepentingan akan mengambil peluang gencatan senjata di Gaza dan pentadbiran selepas perang untuk membawa isu Palestin kembali ke landasan yang betul bagi penyelesaian politik berdasarkan 'penyelesaian dua negara', untuk mencapai keamanan yang berkekalan di Timur Tengah."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#tolak rancangan Trump
#ambil alih Gaza
#pindahkan penduduk Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan