DUNIA
China tolak sekeras-kerasnya salah guna bantuan kemanusiaan di Gaza
Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Fu Cong berkata formula "penyelesaian dua negara" merupakan satu-satunya pendekatan realistik bagi merungkai isu Palestin. - Foto Reuters
NEW YORK: China tegas menolak perbuatan menyalahgunakan bantuan kemanusiaan untuk tujuan ketenteraan serta menggesa Israel menghentikan segala operasi tentera di Gaza serta-merta.
Ringkasan AI
- China menggesa Israel menghentikan segera operasi ketenteraan di Gaza, menolak penggunaan kekerasan dan penyalahgunaan bantuan kemanusiaan untuk tujuan ketenteraan.
- China menegaskan penyelesaian dua negara sebagai satu-satunya pendekatan realistik untuk merungkai konflik Palestin-Israel, dan menyeru masyarakat antarabangsa memperkukuh usaha ke arah gencatan senjata dan proses damai.
- China menolak sebarang cubaan mengusir rakyat Palestin secara paksa serta tindakan menakluki Gaza dan Tebing Barat, sambil menekankan keperluan akses kemanusiaan penuh kepada penduduk Gaza.
Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Fu Cong berkata formula "penyelesaian dua negara" merupakan satu-satunya pendekatan realistik bagi merungkai isu Palestin. Majlis Keselamatan PBB (UNSC) melancarkan debat terbuka mengenai isu Palestin-Israel pada Isnin.
Fu menegaskan keperluan akses kemanusiaan disalurkan sepenuhnya kepada rakyat Gaza yang memerlukan bantuan, selain tindakan pragmatik diambil untuk menggerakkan gencatan senjata.
Isu Palestin menjadi teras isu Asia Barat, kata beliau sambil menambah bahawa masyarakat antarabangsa perlu mengukuhkan perpaduan untuk mendorong proses politik "penyelesaian dua negara".
Cubaan mengusir secara paksa rakyat Palestin dari tanah air mereka serta niat jahat untuk menakluki Gaza dan Tebing Barat mesti ditolak, kata Fu.
- BERNAMA-CMG