KUALA LUMPUR: China bersedia untuk mengimport lebih banyak minyak sawit, buah-buahan tropika dan produk pertanian lain dari Malaysia, kata Menteri Luar China, Wang Yi.
Wang yang kini dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Malaysia sejak Isnin, berkata usaha sedang diambil untuk membolehkan kumpulan pertama pelajar Malaysia kembali ke China dan menyambung semula pengajian secepat mungkin.
Beliau berkata kedua-dua pihak juga merancang untuk meningkatkan jumlah penerbangan terus antara China dan Malaysia selaras dengan aspirasi kedua-dua negara.
"Kami yakin memandangkan situasi COVID-19 semakin terkawal, rakyat antara kedua-dua negara boleh melawat antara satu sama lain sekerap mungkin, antara ahli keluarga dan saudara-mara," kata Wang mengenai usaha mempertingkatkan hubungan dua hala dalam pelbagai bidang termasuk hubungan antara rakyat.
Beliau berkata demikian pada sidang media bersama rakan sejawatnya dari Malaysia Datuk Seri Saifuddin Abdullah yang diadakan selepas mesyuarat dua hala, di sini, Selasa.
Wang berkata kedua-dua negara juga akan memanfaatkan peluang yang ditawarkan sempena Ulang Tahun Ke-10 Penubuhan Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia, bagi mewujudkan zon perintis terhadap kerjasama ekonomi dan perdagangan yang inovatif serta demonstrasi kerjasama di bawah Inisiatif Jalur dan Lalaun (BRI).
"Kita akan memacu pertumbuhan baharu dalam ekonomi digital serta bidang-bidang lain agar daya saing dan tahap pembangunan dapat dipertingkatkan secara bersama," katanya.
Wang berkata beliau dan Saifuddin turut membincangkan Pelan Tindakan Malaysia-China bagi jalinan ketersambungan dan akan menggandakan usaha untuk memajukan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan pembangunan di sepanjang laluan itu.
"Kami akan terus berhubung mengenai pembinaan landasan kereta api Singapura-Malaysia," katanya.
Beliau berkata kedua-dua negara juga menantikan laluan tengah rangkaian kereta api Pan-Asia dapat disiapkan demi mencapai pembangunan yang saling berkait dan mempercepatkan proses integrasi serantau melalui ketersambungan kereta api China, Laos dan Thailand.
Sementara itu, Wang berkata beliau kagum dengan kek keju Musang King yang dihidangkan semasa pertemuannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Selasa.
"Perdana Menteri menghidangkan kek keju Musang King sebagai pencuci mulut, dan hidangan itu sangat lazat. Saya sangat kagum," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 12 2022
Wang berkata, kedua-dua pihak juga merancang untuk meningkatkan jumlah penerbangan terus antara China dan Malaysia. - Gambar/ Bernama
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wang Yi adakan pertemuan dengan rakan sejawatan dari Britain
Wang Yi berkata, China sentiasa mementingkan kedudukan Britain sebagai sebuah negara besar dan peranannya yang istimewa.
China anjur dialog mengenai isu Afghanistan
Wang Yi berkata, adalah penting untuk mengekalkan kerjasama dan kesamarataan, di samping menentang konfrontasi dan hegemoni.
China yakin Malaysia berkembang maju di bawah kepimpinan Dr Mahathir
China, sebagai sahabat baik Malaysia, gembira melihat kemajuan yang dicapai oleh Malaysia.