DUNIA
CIA henti terbit 'World Factbook' selepas 60 tahun
CIA menamatkan penerbitan The World Factbook selepas lebih enam dekad menjadi rujukan global. -Foto CIA World Factbook
WASHINGTON: Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) menamatkan penerbitan The World Factbook selepas lebih enam dekad menjadi rujukan global, menurut pengumuman di laman web rasminya pada Rabu.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Penerbitan rujukan itu bermula sebagai dokumen terperingkat National Basic Intelligence Factbook pada 1962, sebelum versi tidak terperingkat dikeluarkan pada 1971.
Ia kemudiannya dinamakan The World Factbook pada 1981.
Pada 1997, penerbitan berkenaan beralih ke platform dalam talian dan menerima jutaan kunjungan setiap tahun daripada kalangan wartawan, pelajar, penyelidik serta pegawai kerajaan.
CIA tidak memberikan sebab khusus penamatan penerbitan itu, namun langkah tersebut selari dengan komitmen Pengarah CIA, John Ratcliffe, untuk menamatkan program yang dianggap tidak lagi menyokong misi teras agensi tersebut di tengah usaha pengurangan tenaga kerja oleh pentadbiran Presiden Donald Trump.
Meskipun World Factbook dihentikan, CIA dalam kenyataannya menggesa orang ramai untuk terus “kekal ingin tahu” tentang dunia dan meneroka sumber lain, sama ada secara maya atau fizikal.
Langkah ini sekali gus menutup sejarah panjang penerbitan yang pernah menjadi rujukan utama global selama lebih 60 tahun.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- CIA menamatkan penerbitan The World Factbook selepas lebih enam dekad menjadi rujukan global, bermula sebagai National Basic Intelligence Factbook pada 1962 sebelum dinamakan The World Factbook pada 1981.
- Penamatan penerbitan ini tidak diberikan sebab khusus, namun selari dengan usaha pengurangan tenaga kerja di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump, dengan laporan merujuk perancangan pemotongan lebih 1,000 kakitangan di agensi risikan Amerika.
- Meskipun penghentian World Factbook, CIA menggesa orang ramai untuk terus meneroka sumber pengetahuan lain, sama ada secara maya atau fizikal, menutup sejarah panjang rujukan utama global selama lebih 60 tahun.
Penerbitan rujukan itu bermula sebagai dokumen terperingkat National Basic Intelligence Factbook pada 1962, sebelum versi tidak terperingkat dikeluarkan pada 1971.
Ia kemudiannya dinamakan The World Factbook pada 1981.
Pada 1997, penerbitan berkenaan beralih ke platform dalam talian dan menerima jutaan kunjungan setiap tahun daripada kalangan wartawan, pelajar, penyelidik serta pegawai kerajaan.
CIA tidak memberikan sebab khusus penamatan penerbitan itu, namun langkah tersebut selari dengan komitmen Pengarah CIA, John Ratcliffe, untuk menamatkan program yang dianggap tidak lagi menyokong misi teras agensi tersebut di tengah usaha pengurangan tenaga kerja oleh pentadbiran Presiden Donald Trump.
Meskipun World Factbook dihentikan, CIA dalam kenyataannya menggesa orang ramai untuk terus “kekal ingin tahu” tentang dunia dan meneroka sumber lain, sama ada secara maya atau fizikal.
Langkah ini sekali gus menutup sejarah panjang penerbitan yang pernah menjadi rujukan utama global selama lebih 60 tahun.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah penerbitan yang diumumkan CIA telah ditamatkan baru-baru ini?
A: Penerbitan yang diumumkan CIA ditamatkan adalah The World Factbook. - Q: Bagaimanakah The World Factbook bermula sebelum menjadi rujukan global?
A: The World Factbook bermula sebagai National Basic Intelligence Factbook pada 1962 sebelum diterbitkan dalam versi tidak terperingkat pada 1971. - Q: Mengapa CIA memutuskan untuk menamatkan penerbitan The World Factbook?
A: CIA tidak memberikan sebab khusus penamatan penerbitan The World Factbook, tetapi langkah tersebut selari dengan usaha pengurangan tenaga kerja dan komitmen Pengarah CIA, John Ratcliffe. - Q: Apakah platform yang digunakan selepas penerbitan The World Factbook beralih ke talian pada tahun 1997?
A: Penerbitan The World Factbook beralih ke platform dalam talian pada tahun 1997. - Q: Apakah yang digalakkan oleh CIA walaupun penerbitan The World Factbook telah dihentikan?
A: Walaupun penerbitan The World Factbook telah dihentikan, CIA menggesa orang ramai untuk terus "kekal ingin tahu" tentang dunia dan meneroka sumber lain, sama ada secara maya atau fizikal.