awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
Gangguan seksual: Lesen PSV pemandu e-hailing dibatal serta-merta - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CIO Korea Selatan minta polis laksanakan waran tahan Yoon

Bernama
Bernama
06/01/2025
12:30 MYT
CIO Korea Selatan minta polis laksanakan waran tahan Yoon
Dengan waran yang bakal tamat pada tengah malam, CIO dijangka membuat percubaan kedua untuk menahan Yoon atau meminta lanjutan tempoh waran tersebut, sebagai pilihan yang ada. - Gambar Reuters/Tyrone Siu
SEOUL: Agensi antirasuah Korea Selatan meminta polis mengambil alih pelaksanaan waran untuk menahan Presiden Yoon Suk Yeol yang menghadapi proses pendakwaan selepas pelaksanaan undang-undang tenteranya yang gagal.
Menurut Agensi Berita Yonhap, Pejabat Penyiasatan Rasuah untuk Pegawai Tinggi (CIO) membuat permintaan itu dalam surat rasmi yang dihantar lewat Ahad, dengan tinggal sehari sahaja lagi sebelum tamat tempoh waran.
"CIO menghantar surat rasmi kepada kami meminta kerjasama tanpa perbincangan awal," menurut seorang pegawai polis kepada Agensi Berita Yonhap. "Kami kini sedang menjalankan semakan undang-undang secara dalaman."
CIO menghentikan pelaksanaan waran itu Jumaat lalu selepas berlaku pertembungan selama sejam dengan anggota keselamatan presiden di kediamannya.
Agensi itu bekerjasama dengan polis dan unit siasatan Kementerian Pertahanan untuk menjalankan siasatan bersama terhadap pengisytiharan undang-undang tentera Yoon pada 3 Dis lepas yang hanya bertahan seketika.
Dengan waran yang bakal tamat pada tengah malam, CIO dijangka membuat percubaan kedua untuk menahan Yoon atau meminta lanjutan tempoh waran tersebut, sebagai pilihan yang ada.
Sumber berkata surat CIO itu menyebabkan ketidakpuasan dalam kalangan polis yang mendakwa agensi itu cuba mengalihkan tanggungjawabnya selepas melaksanakan waran secara pasif pada Jumaat lepas.
Pasukan guaman Yoon menolak waran itu sebagai tidak sah dan tidak berperlembagaan, sambil menegaskan CIO secara teknikal tidak diberi kuasa untuk menyiasat tuduhan pemberontakan yang dihadapi Yoon berhubung perintah undang-undang tentera yang dikeluarkannya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Pertahanan
#Rasuah
#tuduhan pemberontakan
#undang-undang tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan