DUNIA
Codelco tamatkan operasi menyelamat selepas lima pelombong ditemui maut
Keluarga pelombong yang hilang berpelukan di hadapan pejabat Codelco di Rancagua, Chile. - Foto AP
RANCAGUA: Syarikat perlombongan milik kerajaan Chile, Codelco, secara rasmi menamatkan operasi menyelamat di lombong tembaga El Teniente selepas lima pelombong yang terperangkap akibat runtuhan minggu lalu ditemui maut.
Ringkasan AI
Jumlah keseluruhan korban kini mencecah enam orang, termasuk seorang yang meninggal dunia sejurus selepas insiden berlaku pada malam Khamis.
Runtuhan tersebut berlaku di sektor Andesita lombong El Teniente, susulan gegaran seismik berukuran 4.2 magnitud - antara yang paling kuat pernah direkodkan di kawasan itu.
Punca sebenar gegaran masih disiasat, sama ada disebabkan oleh aktiviti perlombongan atau pergerakan tektonik semula jadi.
“Tragedi ini amat menyentuh kami. Kami adalah pihak pertama yang mahu tahu apa sebenarnya yang berlaku,” kata Pengerusi Codelco, Maximo Pacheco, sambil memaklumkan bahawa pakar antarabangsa akan dipanggil untuk menyiasat punca kejadian dan menilai kelemahan keselamatan.
Kelima-lima mangsa yang terperangkap berusia antara 29 hingga 34 tahun dan merupakan pekerja kontrak syarikat penggalian Gardilcic.
Operasi menyelamat melibatkan kira-kira 100 anggota dan berjaya membersihkan 25.5 meter laluan bawah tanah menggunakan jentera berat yang dikendalikan secara jauh.
Presiden Chile, Gabriel Boric, telah mengisytiharkan tiga hari berkabung nasional sebagai tanda penghormatan kepada mangsa.
Sepanjang hujung minggu, orang ramai berkumpul di luar pintu masuk lombong untuk menyalakan lilin dan meletakkan gambar serta bendera Chile sebagai tanda solidariti.
El Teniente merupakan lombong tembaga bawah tanah terbesar di dunia, dengan lebih 4,500 kilometer terowong dan galeri bawah tanah.
Ia menghasilkan 356,000 tan metrik tembaga pada tahun lalu dan menjadi aset utama dalam industri perlombongan Chile.
Ringkasan AI
- Lima pelombong yang terperangkap ditemui maut, menjadikan jumlah korban enam orang selepas runtuhan akibat gegaran seismik.
- Gegaran 4.2 magnitud mungkin berpunca daripada aktiviti perlombongan atau pergerakan tektonik; pakar antarabangsa akan dilibatkan.
- Presiden Boric isytihar tiga hari berkabung; orang ramai berkumpul di pintu lombong sebagai tanda solidariti dan penghormatan.