DUNIA
Colombia akan ambil tindakan undang-undang selepas tentera AS serang bot nelayan - Presiden
Pihak berkuasa AS memberi alasan bahawa operasi seumpamanya merupakan sebahagian daripada usaha memerangi jenayah rentas negara. - TruthSocial @realDonaldTrump
MEXICO CITY: Pihak berkuasa Colombia akan mengambil tindakan undang-undang susulan serangan oleh tentera Amerika Syarikat (AS) terhadap sebuah bot nelayan milik rakyatnya bulan lalu yang didakwa berlaku di perairan Colombia, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik Presiden Gustavo Petro.
"Bot yang diserang pada 16 September lalu adalah milik Colombia... Di atasnya terdapat seorang nelayan, Alejandro Carranza yang masih belum pulang ke rumah.
"Saya menyeru Pejabat Peguam Negara negara untuk bertindak segera -- pastikan perlindungan segera kepada keluarga mangsa dan jika mereka mahu, hubungkan mereka dengan mangsa dari Trinidad dan Tobago bagi memulakan tindakan undang-undang di peringkat antarabangsa dan dalam sistem keadilan AS," tulis Petro di platform X pada Sabtu.
Media Trinidad dan Tobago sebelum ini melaporkan kematian dua nelayan tempatan dalam insiden serupa.
Pada Jumaat, pertubuhan masyarakat sivil mengadakan tunjuk perasaan di hadapan kedutaan AS bagi membantah tindakan ketenteraan itu
Insiden berlaku di tengah-tengah siri operasi ketenteraan AS di rantau berkenaan.
Tentera AS berulang kali memusnahkan bot di luar pesisir Venezuela yang didakwa terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah.
Pihak berkuasa AS berkata operasi itu merupakan sebahagian daripada usaha memerangi jenayah rentas negara.
Pada 19 Ogos, jurucakap Rumah Putih Karoline Leavitt berkata Presiden AS Donald Trump bersedia menggunakan "setiap elemen kuasa Amerika" untuk memerangi pengedaran dadah, termasuk kemungkinan melancarkan operasi ketenteraan di Venezuela.
Kenyataan itu dibuat susulan laporan bahawa Washington menghantar lebih 4,000 anggota Marin dan kelasi ke perairan sekitar Amerika Latin dan Caribbean bagi membanteras kartel dadah.
-- BERNAMA