awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Konflik Iran-Israel: 'World War III' trending di media sosial selepas serangan AS di Iran
DUNIA
Konflik Iran-Israel: Hak di bawah undang-undang antarabangsa tidak boleh dirampas melalui perang - Presiden Iran
MALAYSIA
Hatimurni rakan strategik institusi agama dan ibu ayah dalam pendidikan Islam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Colombia kecam serangan AS ke atas Iran, ancam keamanan dunia

Astro Awani
Astro Awani
22/06/2025
02:40 MYT
Colombia kecam serangan AS ke atas Iran, ancam keamanan dunia
Petro menyifatkan serangan tersebut sebagai satu pencetus ketegangan serius di peringkat antarabangsa. - Foto fail/REUTERS
BOGOTA: Presiden Colombia, Gustavo Petro, mengecam tindakan Amerika Syarikat (AS) yang melancarkan serangan ke atas tiga tapak nuklear utama Iran.

Ringkasan AI
  • Presiden Colombia, Gustavo Petro, mengecam serangan AS ke atas tapak nuklear Iran dan memberi amaran ia mengancam keamanan global.
  • Beliau menyifatkan tindakan AS sebagai pencetus ketegangan antarabangsa dan menyeru dunia bangkit menuntut keamanan sejagat.
  • Serangan yang diselaraskan bersama Israel itu memburukkan lagi konflik serantau, dengan kebimbangan meningkat terhadap kemungkinan tercetusnya peperangan besar.

Beliau memberi amaran bahawa tindakan tersebut meletakkan keamanan global dalam keadaan bahaya.
Dalam ucapannya pada satu acara di Bogota, Petro menyifatkan serangan tersebut sebagai satu pencetus ketegangan serius di peringkat antarabangsa.
“Tindakan ini menyalakan api peperangan di Asia Barat.
“Tindakan ini bukan sahaja memberi kesan kepada Asia Barat, tetapi juga kepada kita di Colombia, kita mesti bangkit dan menuntut keamanan dunia sebagai manusia sejagat, secara berani dan tanpa tunduk," katanya ketika berucap di hadapan rakyatnya.
Kenyataan beliau dibuat susulan pengumuman Presiden AS, Donald Trump, bahawa pasukan tentera AS telah melancarkan serangan ke atas tiga fasiliti nuklear utama Iran di Natanz, Isfahan dan Fordow.
Menurut Trump, tapak Fordow yang dianggap sebagai nadi utama program nuklear Tehran kini “telah musnah”.
Keputusan Trump untuk menyertai kempen ketenteraan Israel terhadap Iran dilihat sebagai satu eskalasi besar dalam konflik serantau yang telah pun menyaksikan lebih seminggu serangan udara antara kedua-dua negara.
Israel sebelum ini mendakwa serangan ke atas Iran adalah langkah pencegahan bagi menghalang pembangunan senjata nuklear oleh Tehran.
Bagaimanapun, Iran menegaskan bahawa program nuklearnya adalah semata-mata untuk tujuan aman.
Usaha diplomatik oleh kuasa-kuasa Barat untuk meredakan ketegangan setakat ini masih gagal, dan komuniti antarabangsa kini bimbang konflik bersenjata penuh mungkin tercetus sekiranya tiada penyelesaian segera dicapai.
Topic Berkaitan
#Gustavo Petro
#Iran
#tapak nuklear
#Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami