TEHRAN: Kementerian Luar Colombia pada Isnin menuntut duta Israel "meminta maaf dan keluar" selepas beliau mengkritik Presiden Gustavo Petro kerana kenyataannya mengenai konflik Israel-Palestin, lapor Agensi Berita Iran (IRNA).
Petro telah berkongsi beberapa hantaran mengkritik rejim Israel di media sosial sejak konflik bermula pada 7 Oktober.
Presiden Colombia itu dalam satu hantaran di X menuduh rejim Israel menggunakan bahasa mengenai rakyat Gaza yang serupa dengan apa yang dikatakan oleh pihak Nazi mengenai orang Yahudi, lapor France 24.
Sebagai tindak balas kepada kenyataan Petro, rejim Zionis pada Ahad mengumumkan penggantungan eksport berkaitan keselamatan ke Colombia.
Berikutan langkah rejim itu, Presiden Petro mengancam untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel dan menekankan bahawa negaranya tidak akan menyokong genosid rakyat Palestin.
"Jika kita perlu menggantung hubungan luar dengan Israel, kita akan melakukannya. Kami tidak menyokong genosid," Colombia Reports memetik Presiden Colombia sebagai berkata pada Isnin.
Presiden juga meminta kerajaan Amerika Latin lain bersolidariti dalam isu itu, menurut laporan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 17 2023
Petro telah berkongsi beberapa hantaran mengkritik rejim Israel di media sosial sejak konflik bermula pada 7 Oktober. - Gambar/ Reuters
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
12 cedera, beberapa kanak-kanak hilang empangan pecah
Sekurang-kurangnya 12 orang cedera manakala beberapa kanak-kanak dilaporkan hilang selepas sebuah empangan pecah di wilayah luar bandar barat daya Colombia, Cauca, awal pagi Jumaat.
Presiden Colombia tandatangani dekri larang eksport arang batu ke Israel
Presiden Colombia berkata larangan eksport arang batu itu bertujuan memberi tekanan kepada kerajaan Netanyahu untuk menghentikan konflik di Gaza.
Final Copa America: Penyokong Colombia ceroboh stadium macam tikus, ikut sistem pengudaraan
Kelihatan penyokong Colombia yang tidak memiliki tiket cuba masuk ke dalam stadium menerusi sistem pengudaraan stadium.
Final Copa America: Sepak mula perlawanan ditunda 30 minit ekoran masalah di luar stadium
CONMEBOL mengumumkan, sepak mula ditangguhkan selama 30 minit hingga 8:30 pagi waktu Malaysia.
Copa America: Colombia ke final benam Uruguay dengan hanya 10 pemain
Colombia mara ke final Copa America 2024 selepas membenam Uruguay 1-0 dalam aksi separuh akhir.
Ribuan warga Colombia bantah reformasi di bawah pimpinan Gustavo Petro
Ribuan penduduk berarak di bandar-bandar besar di Colombia sebagai protes membantah reformasi politik, ekonomi dan sosial yang disokong Presiden Gustavo Petro.
Colombia usir duta Israel
Kementerian Luar Colombia pada Isnin menuntut duta Israel "meminta maaf dan keluar" selepas beliau mengkritik Presiden Gustavo Petro kerana kenyataannya mengenai konflik Israel-Palestin.
Piala Dunia Wanita: Colombia, Perancis ke suku akhir
Colombia menewaskan Jamaica dalam pusingan 16 Piala Dunia wanita untuk mencongak perhitungan suku akhir dengan England sambil Perancis pula menamatkan cabaran Maghribi.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tiga maut letupan lombong arang batu di Colombia
Insiden berlaku pada awal pagi di lombong arang El Roble dan El Manto 6 di Cucunuba, utara ibu negara Bogota.