awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Colorado putuskan Trump hilang kelayakan pegang jawatan Presiden AS

Agensi
Agensi
20/12/2023
00:30 MYT
Colorado putuskan Trump hilang kelayakan pegang jawatan Presiden AS
Mahkamah Agung Colorado telah menarik balik nama Donald Trump daripada kertas undian Presiden 2024, dengan merujuk kepada klausa pemberontakan dalam Perlembagaan Amerika Syarikat (AS). - Gambar fail REUTERS
COLORADO: Mahkamah Agung Colorado telah menarik balik nama Donald Trump daripada kertas undian Presiden 2024, dengan merujuk kepada klausa pemberontakan dalam Perlembagaan Amerika Syarikat (AS).
Dalam keputusan yang mencetuskan kegemparan dalam perlumbaan ke White House itu, mahkamah memutuskan dengan majoriti 4-3 bahawa Trump bukan calon yang layak kerana Seksyen 3 Pindaan ke-14. Namun, keputusan ini ditangguhkan sementara menunggu rayuan pada bulan hadapan.
Sebelum ini, beberapa percubaan untuk menyingkirkan Trump daripada kertas undi di negeri-negeri lain telah gagal.
Beliau dijangka mengemukakan rayuan berhubung keputusan ini ke Mahkamah Agung AS.
Keputusan yang dibuat semalam (Selasa) tidak terpakai untuk negeri-negeri di luar Colorado.
"Kami membuat kesimpulan bahawa kerana Presiden Trump hilang kelayakan daripada memegang jawatan Presiden di bawah Seksyen Tiga, ia akan menjadi satu tindakan yang salah di bawah Kod Pilihan Raya bagi Setiausaha untuk menyenaraikan Presiden Trump sebagai calon dalam undian utama Presiden," kata Mahkamah Agung Colorado dalam penghakimannya.
Keputusan ini membatalkan keputusan terdahulu daripada seorang hakim Colorado, yang memutuskan bahawa larangan pemberontakan dalam Pindaan ke-14 tidak terpakai kepada Presiden kerana seksyen tersebut tidak menyebut secara jelas mengenai mereka.
Hakim Mahkamah Rendah yang sama juga mendapati bahawa Trump telah terlibat dalam pemberontakan pada hari rusuhan di Capitol AS pada tahun 2021 ketika penyokong beliau menyerang Kongres ketika Ahli-Ahli parlimen sedang mengesahkan kemenangan pilihan raya Presiden Joe Biden. - Agensi
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Donald Trump hilang kelayakan
#Mahkamah Agung Colorado
#pilihan raya presiden 2024
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan