NEW YORK: Columbia University di New York yang menyaksikan demonstrasi mengutuk serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza dan bersolidariti dengan Palestin, mengumumkan pada Isnin pembatalan majlis konvokesyennya minggu depan.
Pihak universiti itu berkata ia “akan meninggalkan majlis konvokesyen utama yang dijadualkan pada 15 Mei” dan sebaliknya akan menganjurkan beberapa siri kecil majlis itu, lapor agensi berita Palestin (WAFA).
Pergerakan pelajar itu tercetus di Amerika Syarikat (AS) pada 18 April, apabila pelajar melakukan mogok duduk sebagai tanda protes kepada serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza di kampus Columbia University di sini, dan menuntut supaya pentadbiran universiti menghentikan kerjasama dengan universiti Israel dan menarik balik pelaburannya dalam syarikat yang menyokong pendudukan rejim Zionis.
Pelajar di universiti-universiti AS sedang berusaha meningkatkan tekanan kepada pentadbiran AS supaya menarik pelaburan daripada negara yang menduduki dan syarikat yang menyokongnya serta memboikot universiti Israel yang terlibat dalam genosid penduduk Palestin.
Pergerakan pelajar untuk menyokong Palestin yang tidak pernah berlaku sebelum ini di Amerika Syarikat juga merebak ke universiti-universiti di Perancis, United Kingdom, Jerman, Kanada, Switzerland, India dan Australia.
-- BERNAMA-WAFA
Bernama
Mon May 06 2024
Pegawai polis New York City berada di kampus Columbia University, meninjau persiapan sempena majlis konvokesyen, di New York, 6 Mei 2024. (Foto AP)
Polis Pulau Pinang tingkat kawalan susulan kejadian ceroboh balai, cuba rampas senjata
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, semua anggota bertugas diminta sentiasa berwaspada terhadap sebarang kemungkinan.
AWANI-RareTV: Melawat pintu sempadan negara tertinggi di dunia
Lebih tinggi daripada puncak Kinabalu, pintu sempadan negara tertinggi di dunia terletak di Pakistan.
Pengawal peribadi kawal skuad Gergasi Merah
SELANGOR FC mengetatkan kawalan terhadap kesemua barisan pemain dan pengurusan bagi mengelakkan sebarang insiden jenayah berlaku kepada skuad Gergasi Merah itu.
Selangor sanggup bayar kerugian Piala Sumbangsih
SELANGOR FC sanggup menerima apa sahaja hukuman termasuk membayar kerugian susulan skuad Gergasi Merah itu menarik diri daripada saingan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta'zim (JDT).
5,000 unit artifak kebudayaan dipindahkan ke Muzium Negara Afghanistan
Usaha yang besar telah dilakukan untuk memelihara dan melindungi warisan bersejarah di negara yang dilanda perang itu.
MITI rangka strategi pelbagaikan perdagangan, tumpu negara bukan tradisi - Tengku Zafrul
Dengan cabaran geopolitik yang mengurangkan jumlah perdagangan global, kementerian itu kini memfokuskan kepada negara di rantau Afrika, Amerika Selatan dan Asia Tengah.
Tindakan tegas dikenakan jika Johor alami gangguan bekalan air - MB
Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata isu tersebut masih lagi kerap berlaku di beberapa kawasan, termasuk ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri lepas.
Fokus Minggu Depan: Apa yang boleh hentikan genosid di Gaza?
Apa yang boleh hentikan genosid di Gaza?
Kamarul Zaman Shaharul Anwar, Ketua Pegawai Eksekutif MyCare
Kamarul Zaman Shaharul Anwar, Ketua Pegawai Eksekutif MyCare
Sekurang-kurangnya 20 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Sabtu malam
Sekurang-kurangnya 20 orang awam terbunuh dan beberapa yang lain cedera pada Sabtu malam dalam serangan udara ganas Israel yang menyasarkan sebuah kompleks kediaman di utara kem pelarian Nuseirat, di tengah Semenanjung Gaza.
Semua berada di belakang Selangor FC - Nidzam
Pengendali Selangor FC, Nidzam Jamil percaya sokongan tidak berbelah bahagi diterima skuad Gergasi Merah itu selepas kejadian menyedihkan menimpa Faisal Halim yang menjadi mangsa simbahan asid pada 5 Mei lalu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Columbia University batalkan konvokesyen berikutan demonstrasi pro-Palestin yang berterusan
Pihak universiti berkata ia -akan meninggalkan majlis konvokesyen utama pada 15 Mei- dan sebaliknya menganjurkan beberapa siri kecil majlis.
Remaja perempuan rakam insiden kematian George Floyd menang Anugerah Khas Pulitzer
Video insiden lelaki Afrika-Amerika George Floyd yang maut akibat tindakan kejam seorang pegawai polis yang dirakam remaja perempuan Darnella Frazer menerima anugerah khas Hadiah Pulitzer 2021.
Digelar anti-Yahudi: Dr Mahathir 'diserang' di Columbia University
Tegasnya, apabila wujud pihak yang menghalang seseorang itu untuk bersifat anti-Yahudi, ia sekali gus menyekat kebebasan bersuara.