[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
INTERNATIONAL

Comel! Putera George muncul dalam setem edisi khas ulang tahun Ratu Elizabeth

Syafique Shuib 20/04/2016 | 09:42 MYT
Setem edisi khas sempena ulang tahun Ratu Elizabeth ke-90 menampilkan empat generasi ahli keluarga diraja Britain. -Gambar: Twitter/British Monarchy.
PUTERA George mencuri tumpuan dalam penampilan sulungnya untuk koleksi setem edisi khas sempena ulang tahun ke-90 Ratu Elizabeth II.
Setem berkenaan menampilkan Ratu Elizabeth bersama pewaris takhta diRaja Britain iaitu Putera Charles, Putera William dan Putera George yang berusia dua tahun ketika gambar bersejarah tersebut dirakam.
Menurut laporan The Mirror, keluarga diRaja itu telah menggunakan perkhidmatan jurugambar, Ranald Mackechnie.
“Ia merupakan satu penghormatan untuk merakam gambar empat generasi keluarga ini. Kami banyak berbincang tentang konsep gambar ini,” katanya.
Beliau turut berkata bahawa antara cabaran yang dilalui adalah untuk memastikan jarak kepala ahli keluarga Britain ini harus tepat agar setiap muka akan menjadi setem individu.
Gambar setem khas ini mula dikongsi di akaun Twitter British Monarchy, dan terus mendapat perhatian umum.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Antaranya, mereka berkata Putera George kelihatan comel dan segak berdiri di atas beberapa buku yang disediakan untuk beliau kelihatan tinggi.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Kini Trending #Prince Charles #Prince George #Prince William #Queen Elizabeth II #setem #ulang tahun Ratu Elizabeth