awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COP26: Biden kecam China, Rusia gagal hadir

Astro Awani
Astro Awani
03/11/2021
00:15 MYT
COP26: Biden kecam China, Rusia gagal hadir
Joe Biden ketika berucap di Sidang Kemuncak Iklim COP26. - Foto REUTERS
GLASGOW: Presiden Joe Biden mengecam rakan sejawatnya dari China dan Rusia, Xi Jinping serta Vladimir Putin kerana kegagalan mereka untuk hadir ke Sidang Kemuncak Iklim COP26.
Presiden Amerika Syarikat itu berkata, China telah "menjauhkan diri" dalam isu terbesar zaman ini dan menyifatkan ketiadaan presiden Xi sebagai "kesilapan besar".
Biden kemudiannya menyerang Rusia kerana tidak komited kepada matlamat iklim yang bercita-cita tinggi.
"Kami muncul dan kehadiran kami mempunyai kesan yang mendalam terhadap cara saya fikir seluruh dunia melihat di Amerika Syarikat dan peranan kepimpinannya.
"Saya fikir ia adalah satu kesilapan besar, untuk China tidak muncul. Seluruh dunia akan melihat ke China dan mengatakan apa nilai tambah yang mereka sediakan.
"Dan mereka telah kehilangan keupayaan untuk mempengaruhi orang di seluruh dunia dan semua orang di COP di sini," katanya.
Beliau berucap kepada pemberita pada penghujung hari kedua Persidangan Iklim di Glasgow, pada Selasa.
Biden berkata, China telah kehilangan pengaruh kerana tidak menerima jemputan untuk menghadiri acara tersebut.
Sementara itu, Biden berkata COP26 membawa kemajuan bersejarah dalam menangani pemanasan global.
Biden menekankan usaha baharu menghentikan kebocoran metana, melindungi hutan, melabur dalam teknologi baharu dan membelanjakan wang untuk infrastruktur tenaga bersih.
Topic Berkaitan
#COP26
#Joe Biden
#China
#Rusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan