DUBAI: Amerika Syarikat (AS) dijangka mengumumkan komitmen sumbangan AS$3 bilion kepada Dana Iklim Hijau (GCF) pada Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP28).

Reuters melaporkan, sumber terdekat memaklumkan komitmen kewangan itu akan diumumkan oleh Naib Presiden Amerika, Kamala Harris pada sidang kemuncak tersebut.

Ia merupakan pusingan kedua penambahan dana, dan janji AS dalam usaha membantu negara membangun mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan menyesuaikan dengan perubahan iklim.

Pendanaan baharu yang dijanjikan bagi 2024 hingga 2028 bergantung kepada peruntukan daripada Kongres Amerika.

Pada 2014, AS ketika di bawah pentadbiran Barack Obama turut mengumumkan ikrar sumbangan AS$3 bilion untuk dana sama.

Bagaimanapun Bloomberg melaporkan, hanya AS$2 bilion diterima, dengan bayaran terkini sebanyak AS$1 bilion dibuat pada awal tahun ini.

GCF yang diwujudkan pada 2010, merupakan dana antarabangsa terbesar yang didedikasikan untuk tindakan iklim dan mempunyai ikrar kewangan lebih AS$20 bilion.