Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura telah mengesahkan lima lagi kes jangkitan COVID-19 di republik itu, menjadikan jumlah keseluruhan ketika ini ialah 117.
Dalam satu kenyataan hari ini, MOH berkata daripada jumlah jangkitan baharu itu, satu adalah kes import manakala yang lain adalah sebahagian daripada kluster baharu membabitkan majlis makan malam persendirian di SAFRA Jurong, 333 Boon Lay Way pada 15 Feb.
Menurut kementerian itu, kes import tersebut membabitkan seorang lelaki rakyat Perancis berusia 42 tahun yang merupakan pemengang pas kerja Singapura.
Beliau tidak memiliki sejarah perjalanan ke negara dan wilayah terjejas baru-baru ini namun telah ke Perancis, Portugal dan United Kingdom antara 8 Feb dan 3 Mac.
Mangsa, yang kini ditempatkan di bilik isolasi Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NCID), telah melaporkan gejala COVID-19 pada 3 Mac semasa menaiki penerbangan Turkish Airlines dari Istanbul ke Singapura.
Sementara itu, pesakit baharu selebihnya adalah terdiri daripada rakyat Singapura yang sekali gus meningkatkan jumlah kes positif dikaitkan dengan kluster majlis makan malam persendirian di SAFRA Jurong kepada lapan orang.
Dalam perkembangan terkini situasi kes yang disahkan, MOH berkata sejumlah 81 pesakit telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan dan dibenarkan keluar dari hospital.
Daripada sejumlah 36 kes yang masih dirawat di hospital, kementerian itu berkata kebanyakannya adalah stabil atau semakin pulih manakala tujuh dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi.
Setakat tengah hari, MOH mengenal pasti sejumlah 3,291 kontak rapat dan daripada jumlah itu, 381 sedang dikuarantin manakala 2,910 telah menyempurnakan kuarantin mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 05 2020

MOH berkata sejumlah 81 pesakit telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan dan dibenarkan keluar dari hospital. - AP photo

Cadangan cagar wang caruman KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Perdana Menteri ditanya mengenai justifikasi cadangan itu dan berapakah kadar faedah yang dikenakan.
![AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [21 Mac 2023] AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [21 Mac 2023]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2014914/32899350691679358950603_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [21 Mac 2023]
Ketahui berita yang anda perlu tahu bersama Afiezy Azaman dan Fahmi Izzudin Antara fokus AWANI Pagi: - Pecah monopoli Touch ‘n Go, wujud persaingan sihat. - Jemaah B40 dan M40 layak terima bantuan. - Kerajaan akan pinda RUU umur p-hailing kepada 18 tahun.

Jiwa SME | Agar-agar kering laris dalam talian
Muhammad Shohimil Haffiz Salleh, seorang pemuda dari Kampung Undang, Kuala Terengganu, berjaya menghidupkan semula pemanis mulut tradisional agar-agar kering dengan gaya dekorasi yang lebih menarik untuk menarik minat generasi muda. Dengan menggunakan platform media sosial, produknya telah berjaya menembusi pasaran di dalam dan luar negara serta meraih pendapatan melebihi RM100 ribu setahun.

Landasan tepat capai sasaran 80 peratus tahun ini
Ketersediaan rangkaian 5G telah mencapai 54.7 peratus populasi di dalam kawasan berpenduduk.

Banjir Johor: 8,952 mangsa ditempatkan di 46 PPS
Banjir di Johor semakin pulih apabila jumlah mangsa berkurangan kepada 8,952 di 46 PPS.

Isu pengecualian cukai Yayasan Albukhary bakal dijawab PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menjawab beberapa persoalan diutarakan oleh Ahli Parlimen dalam sesi Soal Jawab Perdana Menteri (PMQ) antaranya berhubung isu pengecualian cukai Yayasan Albukhary (jika ada).

Penerima dos penggalak kedua terus bertambah, kini 2.5%
KKM sangat menggalakan pengambilan dos penggalak bagi individu berisko 60 tahun ke atas, pesakit kronik dan individu mudah mendapat jangkitan COVID-19.

Kompleks Air Panas Gadek dinaik taraf guna konsep spa resort
Naik taraf itu merangkumi 20 bilik hotel, lapan chalet, satu spa keluarga, dua kolam air panas rendaman kaki serta fasiliti lain seperti surau, tandas dan bilik persalinan.

AWANI Ringkas: Petaling Jaya, Manjung, Kluang bandar paling bahagia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Hannah bantu siasatan polis program Jom Ziarah Gereja
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

COVID-19: 2,068 kes baharu, tiga kematian direkodkan
Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah itu, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 sebanyak 115,078 kes.

COVID-19: Tiga kes kematian dicatat, ini lima tumpuan kenyataan media KKM
Terdapat 108 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 47 kes memerlukan bantuan pernafasan.

COVID-19: Kes kekal empat angka, Selangor tertinggi 10 hari berturut-turut
Kementerian Kesihatan (KKM) turut mengesan empat kluster baharu membabitkan jangkitan virus berkenaan.

Sultan Perak, Sultan Selangor, Sultan Johor antara yang hadir ke Istana Negara
Pertemuan itu dijangka bagi membincangkan beberapa cadangan yang dipersembahkan oleh kerajaan terutamanya mengenai penularan COVID-19.

COVID-19: Kes harian tertinggi, ini 5 tumpuan sidang media Dr Noor Hisham
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 72.4 peratus peratus daripada kes itu melibatkan jangkitan dari Sabah.

Pusat Jagaan Darul Hanan ambil langkah pengasingan penghuni, pekerja
Difahamkan seorang wanita warga emas yang baru masuk ke situ minggu lepas disahkan COVID-19 kelmarin.

COVID-19: Tiga lagi sekolah di Perak diarah tutup
Sebanyak tiga sekolah di Perak diarah tutup selama tujuh hari mulai hari ini selepas terdapat jangkitan wabak COVID-19 dalam kalangan pelajar di sekolah berkenaan.

Kluster Penjara Jawi: Seorang lagi pegawai penjara positif COVID-19
Pegawai wadar itu bertugas di blok baharu yang menjaga sekumpulan banduan yang dijangkiti COVID-19 sebelum ini.

SMK Lubuk China dan SK Telok Berembang di Melaka diarah tutup
Dua buah sekolah di Masjid Tanah, Melaka diarah tutup selepas seorang pelajar dari kedua-dua sekolah berkenaan disahkan positif COVID-19.

Cawangan utama BSN Kota Kinabalu ditutup, kakitangan positif COVID-19
Cawangan BSN ditutup bermula hari ini bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan menyeluruh.