SINGAPURA: Sebanyak 16 kes baharu COVID-19 jangkitan tempatan dilaporkan di Singapura dalam tempoh 24 jam, dikatakan sebagai jumlah tertinggi kes komuniti sejak Julai tahun lepas.

Dalam data ringkasnya yang dikeluarkan pada Jumaat, Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) berkata kes-kes ini adalah dalam komuniti, dan tiada kes baharu melibatkan asrama.

KKM berkata antara kes pada Jumaat adalah tujuh anggota keluarga kes 62517, yang merupakan seorang lelaki warga Singapura berumur 38 tahun yang bekerja sebagai Pegawai Pihak Berkuasa Imigresen Dan Pusat Pemeriksaan di Terminal 1 Lapangan Terbang Changi.

Sementara itu lapan yang lain dikaitkan dengan kes 62541, seorang wanita Filipina berusia 46 tahun yang merupakan jururawat di Hospital Tan Tock Seng.

Sebanyak 19 lagi adalah kes yang diimport, yang telah diletakkan di bawah 'Stay-Home Notice' sebaik tiba di Singapura.

Secara keseluruhan, terdapat 35 kes baharu di Singapura pada Jumaat, menjadikan jumlah keseluruhan kini adalah 61,121.

-- BERNAMA