Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran Amerika Selatan adalah pusat penularan tinggi baharu untuk COVID-19.
Menurut Pengarah Eksekutifnya, Dr Michael Ryan, ketika ini wujud peningkatan kes dengan mendadak di banyak negara di benua Amerika Selatan.
"Dari satu segi, Amerika Selatan telah menjadi pusat baharu penularan penyakit itu.
"Sudah tentu banyak negara berkenaan dibelenggu kebimbangan, namun Brazil jelas yang paling terkesan ketika ini," katanya.
Beliau berkata, kebanyakan kes di Brazil berada di Sao Paulo yang berpenduduk padat, namun kadar jangkitan tertinggi dicatatkan di negeri Amazonas dengan kira-kira 490 orang telah dijangkiti bagi setiap 100,000 penduduk.
Brazil kini berada di tangga ketiga negara paling teruk dilanda COVID-19 dunia dengan lebih 330,000 kes positif dan lebih 21,000 kematian.
Negara lain yang turut mencatatkan angka kes positif yang tinggi adalah Peru dengan lebih 110,000 kes positif dan lebih 3,000 kematian.
Astro Awani
Sat May 23 2020
Dr Michael Ryan berkata ketika ini wujud peningkatan kes dengan mendadak di banyak negara di benua Amerika Selatan. -Gambar fail
Tiada kemunculan Amad, pertemuan Man United-Brentford
Kedua-dua pasukan Manchester United dan Brentford kehilangan seorang pemain kerana penggantungan untuk pertembungan Liga Perdana Inggeris Sabtu ini.
Singgah Sahur UMPSA santuni anak yatim, agensi keselamatan
Program Singgah Sahur UMPSA bukan sekadar bertujuan berkongsi rezeki, tetapi juga menjentik rasa keinsafan dan kesyukuran.
Sarawak Energy kini penaung Majlis Tenaga Dunia, pertama dari Asia Tenggara
Sarawak Energy secara rasmi menjadi penaung global Majlis Tenaga Dunia, sekali gus menjadikannya yang pertama dari rantau Asia Tenggara.
Dua lelaki tak mengaku rompak, menyamar polis
Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat atas pertuduhan melakukan rompak berkumpulan terhadap seorang lelaki, minggu lalu.
Pembinaan LRT Pulau Pinang tidak melibatkan tanah yang banyak
Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke Kerajaan Negeri P.Pinang telah kenal pasti jajaran tersebut dan meminimakan pengambilan tanah dan tidak melibatkan bangunan-bangunan yang banyak.
Kemalangan: 45 maut kemalangan bas di Afrika Selatan
Seramai 45 maut dan seorang cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan bas berhampiran Mamatlakala di wilayah utara Limpopo, Afrika Selatan, pada Khamis.
'Fast track' Mahkamah Syariah selesai kes cerai dalam masa sehari
Perkhidmatan laluan pantas atau 'fast track' Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan yang diperkenalkan pada 2021 berjaya menyelesaikan kes antaranya cerai dalam masa sehari.
Ops Samba 2.0: Ketirisan akibat penyeludupan di Kargo KLIA cecah RM2 bilion - KP SPRM
Jumlah ketirisan akibat kegiatan sindiket penyeludupan babitkan beberapa anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kargo KLIA mencecah RM2 bilion bagi tempoh tiga tahun lepas.
Lebih 100 pelajar Nigeria berjaya dibebaskan tentera
Tentera Nigeria telah menyelamatkan pelajar dan kakitangan yang diculik oleh lelaki bersenjata dari sebuah sekolah di utara negara itu beberapa hari sebelum tarikh akhir pembayaran wang tebusan sebanyak $690,000 dolar.
Pembinaan Projek LRT Laluan Mutiara disasarkan bermula tahun ini
Kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke, pelaksanaan keseluruhan projek dijangka memerlukan tempoh masa lebih kurang enam tahun dan disasarkan beroperasi pada tahun 2030.
Gerhana matahari separa boleh ditonton di YouTube, Facebook Planetarium Negara
Fenomena gerhana matahari separa akan berlaku di benua Antartika dan Amerika Selatan pada Ahad ini.
Kelayakan Piala Dunia 2022 zon Amerika Selatan ditunda
CONMEBOL mencapai kesepakatan dengan FIFA dan persatuan kebangsaan bagi persetujuan membincangkan tarikh baru kempen tersebut.
COVID-19: Amerika Selatan kini pusat penularan baharu pandemik
Ketika ini wujud peningkatan kes dengan mendadak di banyak negara di benua Amerika Selatan.
18 kru kapal USS Kidd didapati positif COVID-19
Pentagon berkata kes tambahan dijangka berlaku di USS Kidd, kapal pemusnah yang menjalankan misi narkotik dekat perairan Amerika Selatan.
Ribuan sertai protes anti-kerajaan di Ecuador
Negara di Amerika Selatan yang mempunyai 17 juta penduduk itu kini berdepan situasi kritikal susulan kelumpuhan sistem dan kekurangan pengangkutan awam, serta jalan raya yang disekat.
Bekalan tenaga solar Chile terjejas teruk akibat gerhana matahari
Gerhana matahari yang melanda benua Amerika Selatan pada Selasa lepas telah menyebabkan gangguan yang besar terhadap bekalan tenaga elektrik Chile.
Lembaga Pengarah SRC mungkin diperdayakan - Saksi
Gandingan Mentari memeterai perjanjian dengan Putra Perdana Construction sebagai pengurus pelaburan dalam perlombongan di Amerika Selatan, memperuntukkan RM140 juta.
Fenomena 'Super Blood Wolf': Siapa dapat saksikan bulan bertukar warna merah?
Penduduk di benua Amerika, Eropah dan Afrika akan menyaksikan bulan bertukar warna menjadi kemerahan apabila fenomena gerhana bulan Super Blood Wolf berlaku.
Langkawi bakal muncul pengeluar utama udang putih Amerika Selatan
Projek berskala besar di Bukit Malut yang dijangka bermula sebelum akhir 2018, juga disasarkan menjana hasil kira-kira RM1.5 bilion setahun selepas tiga tahun pelaksanaannya.
Apa yang anda perlu tahu mengenai play-off Piala Dunia
Ketahui perlawanan-perlawanan play-off Piala Dunia bagi zon Eropah dan antara benua yang akan bermula minggu ini.