awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
AS tekad laksana sekatan maksimum terhadap Maduro, Venezuela dakwa tindakan "tidak masuk akal"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Amerika Syarikat peruntuk AS$3.2 bilion bangunkan pil antiviral

Astro Awani
Astro Awani
17/06/2021
23:03 MYT
COVID-19: Amerika Syarikat peruntuk AS$3.2 bilion bangunkan pil antiviral
Menurut Fauci, ia dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.
WASHINGTON: Amerika Syarikat akan memperuntukan AS$3.2 bilion dalam usaha untuk membangunkan pil antiviral bagi merawat COVID-19.
Menurut Pengarah Institut Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat, Dr Anthony Fauci, peruntukan dana itu merupakan sebahagian daripada program antiviral dalam membendung pandemik.
Ia bagi merawat gejala apabila dijangkiti virus berbahaya seperti koronavirus.
"Vaksin merupakan senjata utama dalam usaha memerangai COVID-19. Namun, penting untuk membangun antiviral bagi menyokong vaksin terutamanya bagi individu yang berisiko tinggi di mana vaksin sahaja tidak dapat memberi perlindungan sepenuhnya.
"Program ini akan menghimpunkan para saintis dan pemain industri untuk mempercepatkan pembangunan ubat antiviral baharu. Ia juga disasarkan untuk merawat pandemik lain," jelasnya.
Kata Fauci bagaimanapun, ubat antiviral yang boleh merawat simptom selepas dijangkiti sedang dibangunkan.
Ia dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini dan ia adalah berdasarkan kepada keputusan ujian klinikal.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#antiviral
#Amerika Syarikat
#Anthony Fauci
#pandemik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan