ANGKA kematian akibat pandemik COVID-19 meningkat lebih 5,000 kes di seluruh dunia dalam tempoh 24 jam.

Statistik Johns Hopkins University menunjukkan, jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 terkini adalah sebanyak 995,658 kes.

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 204,738 kes.

Ini diikuti Brazil dengan 141,406 kes.

Manakala India dan Mexico masing-masing merekodkan 94,503 dan 76,243 angka korban manakala United Kingdom mencatatkan 42,077 kes kematian akibat wabak berkenaan.



Sementara itu, Itali (35,835), Peru (32,142), Perancis (31,675) dan Sepanyol (31,232) pula berkongsi angka korban melebihi 30,000 kes.

Iran (25,589) dan Columbia (25,296) pula merekodkan angka lebih  25,000 kes korban.

Negara terakhir yang melepasi angka kematian 20,000 ialah Rusia dengan 20,239 kes.

Negara lain masih merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.