ANGKA kematian akibat pandemik COVID-19 meningkat lebih 4,900 kes di seluruh dunia dalam tempoh 24 jam.

Statistik Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 terkini adalah sebanyak 1,157,465 kes.

Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 225,211 kes.

Ini diikuti Brazil dengan 157,134 kes.

India dan Mexico masing-masing merekodkan 119,014 dan 88,924 angka korban, manakala United Kingdom mencatatkan 45,088 kes kematian akibat wabak berkenaan.

Sementara itu, Itali (37,479), Perancis (35,046), Sepanyol (35,031), Peru (34,149) dan Iran (32,953) pula berkongsi angka korban melebihi 30,000 kes.

Setakat Selasa (27 Oktober), United Kingdom mencatatkan 45,088 kes kematian akibat pandemik tersebut.

Colombia pula merekodkan 30,000 kes kematian.

Argentina (28,896) dan Rusia (26,092) pula merekodkan angka lebih 25,000 kes korban.

Negara lain masih merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.