ANGKA kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 3.27 juta kes.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 581,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 419,000 kes; India lebih 238,000 kes; Mexico lebih 218,000 kes; sementara United Kingdom, Itali, Rusia dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Jerman, Sepanyol, Colombia, Iran, Poland, Argentina, Peru dan Afrika Selatan.

Manakala negara yang mencatatkan di antara 30,000 dan 50,000 kes kematian ialah Ukraine, Indonesia, dan Turki.

Selain itu, Romania, Belgium dan Kanada pula mencatatkan lebih 20,000 angka korban.

Kebanyakan negara lain merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.