COVID-19: Angka korban terkini lebih 718,000

Statistik Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 161,052 kes.

Petugas membawa keranda pesakit COVID-19 di sebuah tanah perkuburan di Nova Iguacu, Brazil, 7 Ogos, 2020. (Foto AP) | Astro Awani
BILANGAN kes maut akibat COVID-19 di seluruh dunia meningkat lebih 5,000 dalam tempoh 24 jam.

Setakat ini, angka kematian kumulatif global susulan jangkitan koronavirus tersebut mencecah 718,530.

Statistik Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 161,052 kes.

Ini diikuti Brazil dengan 99,572 kematian.

Mexico dan United Kingdom masing-masing merekodkan 50,517 dan 46,596 kes kematian.

India, Itali dan Perancis pula masing-masing merekodkan 41,585, 35,190 dan 30,327 korban COVID-19.

Dua negara terakhir melepasi angka kematian 20,000 adalah Sepanyol dan Peru dengan masing-masing mencatatkan 28,503 dan 20,424 kes.

Sementara itu, lain-lain negara masih merekodkan angka korban sekitar 18,000 kes ke bawah, dengan Iran mempunyai 18,132 kematian.