awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jepun rekod 42.7 juta pelawat asing pada 2025
Perpaduan ummah strategi selesai isu Palestin - Cikgu Azmi
Pasaran automotif Malaysia kekal utuh pada 2025, TIV cecah 820,752 unit - MAA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Benua Afrika bergelut dengan kadar vaksinasi rendah

Astro Awani
Astro Awani
22/05/2022
23:34 MYT
COVID-19: Benua Afrika bergelut dengan kadar vaksinasi rendah
Afrika Selatan kini mengalami lonjakan kes baharu COVID-19 yang didorong oleh dua subvarian Omicron. - Foto fail/REUTERS
NEGARA-negara di seluruh Afrika sedang bergelut dengan kadar vaksinasi COVID-19 yang rendah di seluruh benua dengan hanya 17 peratus penduduknya telah menerima kedua-dua dos vaksin tersebut.
Di Afrika Selatan, 45 peratus orang dewasa telah diberi vaksin sepenuhnya, walaupun kira-kira 85 peratus daripada populasi dianggap mempunyai imuniti berdasarkan pendedahan lampau kepada virus itu.
Sekumpulan pekerja kesihatan di Afrika Selatan melawat ke kawasan luar bandar untuk menawarkan vaksin kepada mereka yang tidak dapat melakukan perjalanan untuk mendapatkannya.
Antaranya, mereka pergi ke Sekolah Rendah Lundini untuk menawarkan vaksin kepada kanak-kanak yang belajar di situ.
Seorang jururawat berkata, kanak-kanak teragak-agak mahu mengambil vaksin kerana takut dan percaya kerajaan mahu menghapuskan mereka.
Penasihat kanan untuk Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat (USAID), Heena Brahmbhatt berkata, tahap ketidakpercayaan vaksin dalam masyarakat membimbangkan dan maklumat salah disebarkan melalui media sosial.
Afrika Selatan kini mengalami lonjakan kes baharu COVID-19 yang didorong oleh dua subvarian Omicron.
Lonjakan baharu negara itu adalah daripada dua variasi Omicron, BA.4 dan BA.5, yang kelihatan sangat mirip dengan strain asal Omicron yang mula dikenal pasti di Afrika Selatan serta Botswana lewat tahun lalu dan tersebar di seluruh dunia.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#Kanak-kanak
#Omicron
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan