awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Bill Gates nafi suntikan vaksin boleh jejak manusia

Sinar Harian
Sinar Harian
09/05/2022
01:15 MYT
COVID-19: Bill Gates nafi suntikan vaksin boleh jejak manusia
Gates sentiasa menafikannya tetapi penafian yang dilakukan itu belum cukup untuk memadamkan teori tersebut. -Gambar fail/Weforum.org
LONDON: Pengasas bersama Microsoft, Bill Gates berkata baru-baru ini bahawa teori yang mendakwa dia boleh menjejaki orang ramai melalui mikrocip dalam suntikan vaksin COVID-19 sebagai 'gila'.
Gates menyatakan demikian dalam satu wawancara dalam program Today terbitan Radio BBC.
"Saya hampir ketawa kerana ini kenyataan tidak masuk akal," katanya dalam program tersebut.
Satu teori konspirasi telah tersebar luas sejak dua tahun lalu di media sosial.
Teori itu mendakwa Gates mahu menggunakan vaksinasi besar-besaran untuk menanam mikrocip ke dalam tubuh manusia supaya dia boleh menjejakinya secara digital.
Namun, Gates sentiasa menafikannya tetapi penafian yang dilakukan itu belum cukup untuk memadamkan teori tersebut.
"Maksud saya, adakah saya benar-benar mahu menjejaki orang?
"Saya belanja berbilion-bilion untuk vaksin. Saya tidak buat keuntungan melalui vaksin.
"Vaksin menyelamatkan nyawa, ia tidak menyebabkan kematian.
"Jadi, beberapa orang pernah menjerit kepada saya bahawa saya telah menjejaki mereka dan itu adalah perkara yang mengerikan," ujarnya. - Agensi
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Bill Gates
#COVID-19
#vaksin
#mikrocip
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan