JAKARTA:Ketika wabak COVID-19 masih belum memperilhatkan tanda-tanda akan reda di Indonesia, himpunan lautan manusia yang menyambut kepulangan ulama tersohor negara itu, Rizieq Shihab mencetus perdebatan panjang.
Pada Selasa lalu, Rizieq yang tiba di Jakarta selepas beberapa tahun menetap di Arab Saudi disambut kepulangannya seperti seorang wira di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno – Hatta.
Tokoh pertubuhan Front Pembela Islam (FPI) itu diraikan oleh puluhan ribu penyokong yang berarak menyambut aktivis itu sehingga menyebabkan lapangan terbang itu lumpuh.
Pihak berkuasa Indonesia juga melaporkan kesesakan trafik dianggarkan berlaku sehingga tujuh kilometer di kawasan lapangan terbang selain menyebabkan jadual 28 penerbangan terjejas.
Tidak hanya menyebabkan kekecohan di Soekarno – Hatta, bahkan, di kawasan kediaman Rizieq di Petamburan, Jakarta Pusat juga sesak apabila ribuan lagi penyokong menunggu beliau.
Belum cukup kesesakan pada Selasa lalu, hari ini (Jumaat) pula, kawasan Puncak di Bogor pula menerima kehadiran ribuan penyokong ulama berkenaan di ibu pejabat FPI.
Ekoran kesesakan manusia dan kenderaan, portal berita Kompas melaporkan, jalan masuk menuju Puncak terpaksa ditutup oleh pihak berkuasa bagi mengelakkan aliran keluar masuk kenderaan.
Pemantauan Kompas turut mendapati, lautan manusia berpakaian putih menutupi kedua-dua arah jalan yang menunggu kehadiran Rizieq beserta dengan sepanduk bertulis ‘Selamat Datang Habib’.
Kerana terlalu teruja untuk bertentang mata dengan tokoh agama yang dihormatinya itu, Ilham mengakui, dia setia menanti sejak pagi-pagi buta lagi untuk mendengar ceramah selain solat Jumaat yang dipimpin Rizieq.
"Sejak awal pagi lagi saya berada di sini (Puncak) bertujuan memuliakan Habib Rizieq Shihab,” kata Ilham yang berusia 30 tahun.
Sementara itu, Ketua Polis Bogor, Roland Ronaldy berkata, seramai 600 anggotanya dikerahkan untuk mengawal kesesakan dan kepadatan jemaah yang mahu bertemu Rizieq.
Dalam perkembangan sama, jurucakap Jawatankuasa Kawalan COVID-19, Wiku Adisasmito berharap, perhimpunan menyambut kepulangan Rizieq tidak akan berulang lagi pada masa depan.
Menurut Wiku, acara himpunan sedemikian hanya akan mengundang petaka kerana penularan COVID-19 mudah terjadi dalam suasana sedemikian.
“Kami berharap kejadian baru-baru ini adalah kejadian yang terakhir kerana situasi itu mempunyai implikasi terhadap penularan dan peningkatan kes yang sangat besar,” kata Wiku
Rizieq sebelum ini sudah berkali-kali dilaporkan akan kembali ke tanah air selepas lebih tiga tahun menetap di Arab Saudi.
Sebelum ke Arab Saudi, Rizieq dilaporkan merupakan antara individu penting di sebalik perubahan landskap politik Indonesia.
Dalam masa, Rizieq juga pernah diheret ke mahkamah atas beberapa kes termasuk pelanggaran Undang-Undang Pornografi yang melibatkan beliau serta beberapa dakwaan lain.
Agensi
Fri Nov 13 2020
Rizieq Shihab berucap di hadapan penyokong-penyokongnya yang menyambut kepulangannya dari Arab Saudi pada Selasa. - Gambar AP
KPDN Sabah terima 67 serahan kes dengan nilai rampasan lebih RM2 juta
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah menerima 67 serahan kes daripada agensi penguat kuasa lain dengan nilai rampasan RM2.01 juta sejak Januari lalu hingga hari ini.
Lapan pendatang tanpa izin dihukum penjara enam bulan di Kelantan
Lapan individu dihukum penjara enam bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Khas bagi Pendatang Asing Tanpa Izin di Tanah Merah semalam.
Lebih banyak kolaborasi bidang TVET antara Malaysia dan China - Ahmad Zahid
Malaysia dan China akan mengadakan lebih banyak kolaborasi dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memperkasa bidang itu.
KPDN Kelantan sita 34,871 liter minyak diesel di Kuala Krai
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menyita kira-kira 34,871 liter minyak diesel bernilai lebih RM74,900 di sebuah premis perniagaan di Kuala Krai, semalam.
Baki stok simpanan air di empat empangan pada paras kritikal - NADMA
Empat empangan air di Johor, Pulau Pinang dan Kedah menunjukkan penurunan paras simpanan sumber air mentah pada paras kritikal setakat semalam susulan cuaca panas.
Pesawat Maritim Malaysia bantu padam kebakaran di Miri
Maritim Malaysia telah mengatur gerak pesawat Bombardier CL-415 miliknya, bagi membantu dalam operasi memadamkan kebakaran hutan tanah gambut secara bersepadu.
Polis tahan lelaki bakar mercun di tengah jalan raya
Polis menahan seorang pembantu bengkel yang disyaki membakar mercun di tengah jalan raya, ketika perarakan pengebumian berdekatan sebuah pasar raya di Banting, Selangor, semalam.
Usaha kumpulan minoriti serang dasar kerajaan perlu dibendung - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyifatkan kumpulan minoriti itu umpama 'biawak hidup' kepada sebarang perancangan memajukan negara.
NADMA laksana pembenihan awan di Papar, Lahad Datu dan Tawau
Operasi itu dilaksanakan bagi mendapatkan sumber air mencukupi di kawasan tadahan hujan ekoran cuaca panas.
Sultan Selangor berkenan lancar Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan melancarkan Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza.
COVID-19: Indonesia catat 3,807 kes baharu, perhimpunan penyokong Rizieq Shihab cetus kebimbangan
Indonesia mencatatkan 3,807 kes jangkitan baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan kes keseluruhan di republik itu kini 474,455 kes.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 16 November 2020.
COVID-19 bukan alasan lautan manusia sambut kepulangan Habib Rizieq
Selepas lebih tahun menetap di Arab Saudi, kepulangan Rizieq Shihab disambut penuh kegembiraan oleh ribuan pengikut setianya.
Selepas tiga tahun, kepulangan Rizieq Shihab disambut ribuan penyokongnya
Rizieq ditahan di Arab Saudi selama 3 tahun selepas didakwa atas kesalahan jenayah termasuk pornografi