COVID-19: China guna ubat tradisional rawat pesakit

Agensi
Februari 15, 2020 05:40 MYT
Setakat ini, seramai 2,200 pakar ubatan TCM dihantar ke Hubei bagi menjalankan kajian dan rawatan mengenai penggunaan ubat traditional itu. - Gambar REUTERS
China memberikan ubat tradisional dalam usaha mengekang dan merawat pesakit yang terjejas akibat COVID-19, kata Timbalan Pengarah Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan negara itu, Wang Hesheng.
Menurut Wang, ubatan tradisional Cina yang dikenali sebagai TCM digunakan untuk merawat pesakit di hospital Wuhan, selain ubat-ubatan lain.
Wang seperti dilapor Bloomberg berkata, TCM digunakan kepada lebih separuh pesakit yang disahkan dijangkiti virus tersebut di wilayah Hubei.
Dalam pada itu, Wang memaklumkan segelintir pesakit telah menunjukkan perubahan positif selepas menggunakan ubat tersebut.
Setakat ini, seramai 2,200 pakar ubatan TCM dihantar ke Hubei bagi menjalankan kajian dan rawatan mengenai penggunaan ubat tradisional itu.
BACA: China guna ubat anti HIV dan AIDS untuk rawat pesakit koronavirus
BACA: Koronavirus: Pesakit di China pulih guna dos Nelfinavir
Sebelum ini, China memaklumkan menggunakan ubat yang lazimnya untuk merawat HIV dan AIDS sebagai rawatan kepada pesakit COVID-19.
Sementara, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata vaksin pertama untuk COVID-19 dijangka dapat dihasilkan dalam tempoh 18 bulan.

[LAPOR LANGSUNG] COVID-19 Angka kematian terus meningkat

#AIDS #China #China ubat traditional #coronavirus #COVID-19 #HIV #Hospital #Kementerian Kesihatan #koronavirus #Malaysia sah positif COVID-19 #tradisional #Wabak koronavirus #WHO