SURUHANJAYA Kesihatan Bandaraya Shanghai mengesahkan bahawa seorang pesakit yang dijangkiti koronavirus telah pulih dan telah dikeluarkan daripada hospital.

Media tempatan China melaporkan wanita berusia 56 tahun yang dikenali sebagai Chen dikatakan telah pulih sepenuhnya daripada virus tersebut.

Kumpulan doktor yang merawat mangsa dikatakan menjalankan uji kaji dengan memberi dos HIV yang dipercayai berjaya menghentikan virus tersebut terus merebak ke dalam sel badan.

Kajian menunjukkan dos Nelfinavir mampu menurunkan tindakan balas penyebaran virus dalam sel manusia.

BACA: [LAPOR LANGSUNG] Hati-hati dengan virus!

BACA: Kes pertama koronavirus di Malaysia, tiga warga China kini dirawat di Hospital Sungai Buloh

Chen menunjukkan reaksi positif dalam sistem pernafasannya selepas ujian CT scan dijalankan diikuti dua ujian darah yang menunjukkan pesakit itu bebas daripada koronavirus.

Dia yang merupakan sebahagian penduduk di Wuhan, China mengalami beberapa gejala selesema pada 10 Januari sebelum dimasukkan ke hospital pada 12 Januari.

Malah, perkembangan terbaharu dari Tanah Besar itu turut menyatakan bahawa sejumlah 38 pesakit yang positif koronavirus menunjukkan perkembangan positif, lapor media tempatan.

BACA: Pengesanan kes positif 2019 novel coronavirus (2019-nCoV) di Malaysia