awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
NVIDIA bayar US$20 bilion, ambil alih teknologi Groq
NVIDIA dilapor uji kemampuan faundri Intel 18A untuk cip AI
Bekas CEO Yahoo Marissa Mayer perkenal pembantu maya AI baharu 'Dazzle'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Dana kerajaan sudah habis, tiada lagi bantuan makanan dan kewangan - Duterte

Agensi
Agensi
03/08/2020
11:10 MYT
COVID-19: Dana kerajaan sudah habis, tiada lagi bantuan makanan dan kewangan - Duterte
Duterte berkata kerajaan tidak dapat terus membiayai kos makanan dan bantuan kewangan kepada mereka yang terjejas. - Reuters
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte sekali lagi menegaskan Filipina tidak mempunyai wang untuk terus memberi bantuan kewangan kepada golongan kurang berkemampuan yang terjejas akibat COVID-19.
Dalam ucapan yang disiarkan di televisyen pada Ahad, Duterte berkata kerajaan tidak dapat terus membiayai kos makanan dan bantuan kewangan kepada mereka yang tidak dapat bekerja susulan perintah berkurung.
"Maaf tetapi keadaan sekarang memaksa saya meletakkan Manila dan beberapa kawasan lain kembali ke perintah berkurung, bagi membendung penyebaran virus.
"Masalah utama adalah kita sudah kehabisan wang, kita tidak boleh terus bagi makanan dan duit kepada orang ramai," katanya.
Duterte juga membidas pengkritik kerajaan dan menyatakan Filipina tidak boleh dibandingkan dengan negara lain kerana mereka tidak mempunyai banyak simpanan.
Sebelum ini, kerajaan negara itu memberi bantuan makanan dan kewangan kepada orang ramai melalui Program Peningkatan Sosial (SAP).
Beberapa kawasan di Filipina kini diletakkan dalam status kuarantin yang lebih ketat, termasuk Metro Manila, Laguna, Rizal dan Cavite bermula 4 hingga 18 Ogos.
Ia adalah susulan kes jangkitan yang melepasi angka 100,000.
Bulan lalu, Duterte tanpa berselindung memaklumkan terdapat kemungkinan kerajaan terpaksa menjual aset negara bagi mendapatkan dana untuk mendapatkan vaksin COVID-19 apabila ia tersedia kelak.
Topic Berkaitan
#bantuan
#COVID-19
#Filipina
#kerajaan
#kewangan
#koronavirus
#Manila
#Rodrigo Duterte
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan