INDIA sekali lagi merekodkan jumlah tertinggi kes baharu positif COVID-19 di negara itu dengan 66,999 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan negara itu, dengan jumlah kes baharu itu, ia menjadikan jumlah kes baharu di negara itu adalah 2,399,992 juta kes.

Ini termasuk 6.53 juta kes aktif dan 16.95 juta kes didiscaj dari wad.

Sementara itu, kementerian tersebut memaklumkan terdapat 942 kes kematian baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah keseluruhan kematian adalah 47,033 kes.

Kes aktif tertinggi direkodkan di Maharashtra dengan 1.47 juta kes diikuti dengan Andhra Pradesh dengan 90,425 kes.

India kini di tangga teratas bagi kes keseluruhan COVID-19 di seluruh dunia, diikuti Amerika Syarikat dan Brazil.