awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
Kerajaan MADANI terus komited pacu kesejahteraan rakyat Sarawak - PM Anwar
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Indonesia catat 4,465 kes positif baharu

Bernama
Bernama
23/09/2020
09:25 MYT
COVID-19: Indonesia catat 4,465 kes positif baharu
Indonesia mencatatkan 4,465 kes positif baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam. - Gambar fail/REUTERS
Indonesia mencatatkan 4,465 kes positif baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, jumlah tertinggi sehingga kini sejak kes pertama dikesan di republik itu pada 2 Mac lepas.
Berdasarkan data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, keseluruhan kes positif kini berjumlah 257,388 manakala 109,541 pesakit masih lagi dalam pemantauan virus berbahaya berkenaan.
Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 140 kematian dicatatkan menjadikan jumlah kumulatif kini 9,977 kematian.
Provinsi Jakarta, yang kembali dikuatkuasakan peraturan Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) selama dua minggu bermula 14 Sept lepas, masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 65,687 kes dengan tambahan 1,133 kes baharu.
Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 3,035 orang diikuti Jakarta (1,628), Jawa Tengah (1,334) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Indonesia
#Jakarta
#Jawa Timur
#PSBB
#virus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan