SEJUMLAH lebih 2.52 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftar atau disuntik di seluruh dunia sehingga Sabtu.

Ini merupakan pertambahan puluhan juta dos berbanding hari sebelumnya.

Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan 966 juta dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti Amerika Syarikat (AS) sebanyak 315 juta dos manakala India dengan 268 juta dos vaksin.

Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 70 juta dos adalah United Kingdom (UK) dan Brazil.

Manakala Jerman dengan 64 juta dos,  Perancis dan Itali masing-masing melebihi 46 dan 44 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 33 juta dos, jauh meninggalkan negara lain.

Filipina dan Thailand pula melebihi 7 juta dos.

Ini diikuti Malaysia di tangga keempat dengan lebih 5 juta dos.

Singapura di tangga kelima dengan 4.6 juta dos.