awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
WhatsApp perkenal kawalan ibu bapa melalui akaun sekunder kanak-kanak
Google One Lite kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM3.50 sebulan atau RM35 setahun
Blue Origin TeraWave tawar internet satelit 6 Tbps, atasi Starlink
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kematian menurun, 84 kes dicatatkan

Astro Awani
Astro Awani
26/10/2021
23:51 MYT
COVID-19: Kematian menurun, 84 kes dicatatkan
Setakat semalam, jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 mencecah 28,576.
KUALA LUMPUR: Angka kematian harian akibat jangkitan COVID-19 di negara ini, catat sedikit penurunan apabila 84 kes direkodkan pada Selasa berbanding 92, hari sebelumnya.
Data Kementerian Kesihatan (KKM) di portal COVIDNOW menunjukkan daripada jumlah itu, 20 kes membabitkan kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).
Setakat semalam, jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 mencecah 28,576.
Jumlah keseluruhan kes bid pula meningkat kepada 5,771.
Sementara itu, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke unit rawatan rapi (ICU) terus mencatat penurunan sejak awal September lalu.
Terdapat 584 kes aktif di ICU seluruh negara ketika ini, berbanding lebih 1,500 pada hujung Ogos lalu.
Ketika ini, kadar penggunaan ICU di hospital kerajaan seluruh negara ialah 61.6 peratus, namun tiga negeri masih merekodkan kadar melebihi 70 peratus iaitu Kelantan (77.4 peratus), Sarawak (75.9 peratus) dan Kuala Lumpur (70 peratus).
Jumlah pesakit COVID-19 yang memerlukan bantuan pernafasan turut mencatat penurunan sejak dua bulan lalu, dengan mencatat 305 kes setakat semalam berbanding lebih 900 kes pada awal Ogos lalu.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kes kematian
#COVIDNOW
#bid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan