awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bergaduh: Tiga sekeluarga, seorang artis Singapura didakwa
Dokumen palsu: Bekas pengarah, penggiat seni dipenjara 6 bulan, denda RM10,000
'Alhamdulillah… Medina stabil selepas pemindahan hati'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes meningkat, India berhadapan kekurangan bekalan vaksin

Astro Awani
Astro Awani
11/04/2021
00:24 MYT
COVID-19: Kes meningkat, India berhadapan kekurangan bekalan vaksin
Sebatang jalan kelihatan lengang ketika perintah lockdown dikenakan pada hujung minggu di Mumbai, India, 10 Apr, 2021. (Foto AP)
BEBERAPA negeri di India mengeluarkan amaran kepada kerajaan negara itu berkenaan isu kekurangan bekalan vaksin COVID-19, setelah kes dilihat semakin meruncing sejak kebelakangan ini.
Pihak berkuasa di New Delhi dan di negeri Punjab serta Rajasthan pada Sabtu berkata, mereka tidak dapat meneruskan vaksinasi melainkan bekalan vaksin mencukupi.
Situasi sama berlaku di barat Maharashtra, negeri yang menjadi pusat tercetusnya wabak itu di India, di mana beberapa pusat vaksinasi ditutup.
Menteri Kesihatan Harsh Vardhan bagaimanapun meyakinkan bahawa bekalan vaksin di negara itu mencukupi ketika ini dan menggesa agar kerajaan negeri berhenti menakut-nakutkan orang awam.
India setakat ini telah memberikan 97 juta suntikan vaksin tetapi kini berdepan isu kekurangan bekalan, kerana populasinya yang besar iaitu sehingga 1.4 bilion orang.
Pemberian vaksin ketika ini dihadkan buat individu berumur 45 tahun ke atas dan petugas barisan hadapan sahaja.
Pihak pembangkang menyalahkan pentadbiran Perdana Menteri Narendra Modi kerana mengeksport puluhan juta dos vaksin, bukannya menumpukan kepada usaha imunisasi dalam negara. India telah mengeksport 64.5 juta dos vaksin vaksin ke negara lain. Ia menghentikan eksport minggu lalu untuk mengutamakan keperluan domestik.
Topic Berkaitan
#India
#COVID-19
#vaksin
#Narendra Modi
#New Delhi
#kerajaan
#kesihatan
#rakyat
#pembangkang
#Perdana Menteri
#bekalan
#kekurangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan