awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
VM2026: Malaysia tawar pengalaman pelancongan bernilai tinggi
Mamady Doumbouya menang besar, dipilih Presiden Guinea dengan 86.72 peratus undi
Amaran hujan berterusan tahap buruk, waspada di Sarawak - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes positif di Indonesia terus meningkat kepada 128,776, kematian 5,824

Bernama
Bernama
11/08/2020
09:54 MYT
COVID-19: Kes positif di Indonesia terus meningkat kepada 128,776, kematian 5,824
Seorang petugas dengan pakaian perlindungan diri mengingatkan orang ramai di sebuah hentian bas di Jakarta, dengan memegang plakad menunjukkan jumlah statistik jangkitan terkini di negara itu. - Reuters
Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat dengan tambahan 1,693 jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini ialah 128,776 kes.
Berdasarkan data yang disiarkan di laman web rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id hari ini, sejumlah 85,928 pesakit masih dalam pemantauan.
Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 59 lagi kematian berlaku menjadikan jumlah keseluruhan korban di republik itu meningkat kepada 5,824 orang.
Provinsi Jakarta mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 26,624 kes, diikuti Jawa Timur (25,917) dan selebihnya di 32 provinsi yang lain.
Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,915 orang, diikuti Jakarta (944), Jawa Tengah (731), Sulawesi Selatan (337) dan selebihnya di wilayah lain di Indonesia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Indonesia
#Jakarta
#jangkitan
#koronavirus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan