awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes selesema melebihi tahap amaran di Jepun
313,529 saman dikeluarkan di KL sejak 1 Oktober lalu
Pendatang Israel serang dua rakyat Palestin, larikan 150 ekor kambing di timur Ramallah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes positif global 131 juta, korban lebih 2.86 juta

Astro Awani
Astro Awani
05/04/2021
21:11 MYT
COVID-19: Kes positif global 131 juta, korban lebih 2.86 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 global kini mencatatkan angka 131.58 juta berikutan pertambahan ratusan ribu kes dalam tempoh 24 jam yang lepas. -Foto fail
JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 global kini mencatatkan angka 131.58 juta, berikutan pertambahan ratusan ribu kes dalam tempoh 24 jam yang lepas.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling terjejas dengan lebih 30.74 juta kes, diikuti Brazil dan India dengan masing-masing merekodkan 12.98 juta kes dan 12.59 juta kes.
Negara yang melebihi angka empat juta kes ialah Perancis, Rusia dan United Kingdom, sementara Itali, Turki dan Sepanyol melebihi tiga juta kes positif.
Jerman, Colombia, Poland, Argentina dan Mexico mencatat lebih dua juta kes.
Iran, Ukraine, Peru, Afrika Selatan, Indonesia dan Kanada pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.
Romania, Belgium, Iraq, Portugal dan Sweden pula antara negara yang merekodkan angka lebih 500,000 kes.
Kebanyakan negara lain merekodkan angka positif di bawah 300,000 kes.
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia turut mencatatkan peningkatan, menjadikan jumlah kumulatif kematian kini melebihi 2.86 juta kes.
AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 555,243 kes diikuti Brazil dengan 331,433 kes, Mexico,204,147 kes manakala India dan United Kingdom pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Rusia, Perancis, Jerman, Sepanyol dan Colombia.
Ini termasuk Iran, Argentina, Afrika Selatan, Poland dan Peru.
Manakala negara yang mencatatkan antara 30,000 hingga 50,000 kes kematian ialah Indonesia, Ukraine dan Turki.
Selain itu Romania, Chile, Belgium, dan Hungary pula mencatatkan lebih 20,000 angka korban.
Kebanyakan negara lain merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Johns Hopkins University
#kes positif
#jumlah kematian
#angka korban
#Global
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan