COVID-19: Kes positif global hampiri angka 19 juta

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan terdapat pertambahan lebih 212,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan terdapat pertambahan lebih 212,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam. - Foto BERNAMA | Astro Awani
ANGKA jangkitan COVID-19 di seluruh dunia kini mencecah 18.9 juta kes.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan terdapat pertambahan lebih 212,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 4.9 juta kes positif.

Ini diikuti Brazil dengan kes positif jangkitan sebanyak 2.9 juta kes dan India 2 juta kes.


Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan terdapat pertambahan lebih 212,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam.
Rusia dan Afrika Selatan melepasi angka jangkitan setengah juta dengan masing-masing merekodkan 870,000 kes dan 529,877 kes.

Tujuh negara lain termasuk Mexico, Peru, Chile, Iran, Columbia, United Kingdom dan Sepanyol pula masing-masing melepasi angka 300,000 kes positif COVID-19.

Sementara itu, lapan lagi negara merekodkan angka positif melebihi 200,000 iaitu Arab Saudi, Pakistan, Itali, Bangladesh, Turki, Perancis, Jerman dan Argentina.

Iraq, Kanada, Indonesia, Filipina dan Qatar merekodkan angka jangkitan melebihi 100,000 kes.

Negara lain masih merekodkan angka jangkitan COVID-19 di bawah 100,000 kes.