JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 156.31 juta kes berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 32.63 juta kes.

Ini diikuti India dengan 21.49 juta kes dan Brazil dengan lebih 15.03 juta kes.

Manakala negara yang melebihi angka 5 juta kes adalah Perancis sementara Turki, Rusia, United Kingdom dan Itali melebihi 4 juta.

Sepanyol dan Jerman pula mencatat lebih 3 juta sementara Argentina, Colombia, Poland, Iran, Mexico dan Ukraine pula mencatat lebih 2 juta kes.

Peru, Indonesia, Czechia, Afrika Selatan, Belanda, Kanada, Chile, Iraq, Romania dan Filipina pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.

Manakala Belgium, Sweden, Hungary, Bangladesh, Jordan, Serbia, Switzerland, Austria, Maghribi, Jepun, Lebanon, Emiriah Arab Bersatu dan Arab Saudi pula antara negara yang merekodkan angka lebih 500,000 kes.

Negara dalam lingkungan 300,000 hingga 500,000 kes termasuk Panama, Slovakia dan Malaysia.

Negara lain merekodkan angka positif antara 100,000 dan 300,000 kes.


Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 3.26 juta kes.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 580,615 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 416,949 kes, India lebih 234,083 Mexico lebih 218,173 sementara United Kingdom, Itali, Rusia dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Jerman, Sepanyol, Colombia, Iran, Poland, Argentina, Peru dan Afrika Selatan.

Manakala negara yang mencatatkan antara 30,000 hingga 50,000 kes kematian adalah Indonesia, Ukraine dan Turki.

Selain itu, Czechia, Kanada dan Belgium pula mencatatkan lebih 20,000 angka korban.

Kebanyakan negara lain merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.