JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melepasi 43.3 juta.

Ini berikutan lebih 494,000 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Kes positif global kini berjumlah 43,374,127 juta.

Setakat Selasa (27 Oktober), data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan 8.69 juta kes jangkitan.

Ini diikuti India dengan 7.90 juta kes, manakala Brazil merekodkan 5.39 juta kes.

Jangkitan positif COVID-19 di Rusia (1,520,800), Perancis (1,208,924), Sepanyol (1,098,320), Argentina (1,090,589) dan Columbia (1,015,885) pula melepasi satu juta kes.

Sementara itu, United Kingdom (897,737), Mexico (891,160), Peru (888,715), Afrika Selatan (716,759) dan Iran (574,856), Italy (542,789) dan Chile (503,598) melepasi angka setengah juta kes.

Negara dalam lingkungan angka 300,000 hingga 500,000 kes jangkitan koronavirus adalah Iraq (455,398), Jerman (449,454), Bangladesh (400,251), Indonesia (392,934), Filipina (371,630), Turki (363,999), Ukraine (359,348), Arab Saudi (345,232), Pakistan (328,602), Belgium (321,031), Israel (310,851) dan Belanda (307,826).

Negara yang melepasi angka 100,000 hingga 200,000 pula ialah Magribi (199,745), Ecuador (161,635), Nepal (159,830), Bolivia (140,853), Qatar (131,432), Panama (129,200), Emiriah Arab Bersatu (126,234), Republik Dominican (124,843), Kuwait (122,317) dan Portugal (121,133).

Switzerland (121,093), Oman (113,354), Sweden (110,542), Kazakstan (110,542), Mesir (106,540), Guatemala (104,894) dan Costa Rica (104,460) juga berada dalam kelompok sama.

Negara lain masih merekodkan angka positif di bawah 100,000 kes, termasuk Malaysia.