JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melepasi angka 157.12 juta.

Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 32.67 juta kes.

Ini diikuti India dengan 21.89 juta kes dan Brazil dengan lebih 15.08 juta kes.

Manakala negara yang melebihi angka 5 juta kes ialah Perancis, sementara Turki, Rusia, United Kingdom dan Itali melebihi 4 juta kes.

Sepanyol, Jerman dan Argentina pula melebihi 3 juta kes.

Colombia, Poland, Iran dan Mexico mencatat lebih 2 juta kes.

Peru, Indonesia, Afrika Selatan, Belanda, Kanada, Chile, dan Romania antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.

Manakala Belgium, Sweden, Israel, Portugal, Pakistan, Hungary, Bangladesh, Jordan, dan Switzerland pula antara negara yang merekodkan angka lebih 500,000 kes.

Negara dalam lingkungan 300,000 hingga 500,000 kes termasuk Malaysia, Slovakia dan Panama.

Negara lain merekodkan angka positif di antara 100,000 dan 300,000 kes.