JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melepasi 162 juta kes.

Ia berikutan lebih 600,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 32.91 juta kes.

Ini diikuti India dengan 24.37 juta kes dan Brazil dengan lebih 15.51 juta kes.

Manakala negara yang melebihi angka 5 juta kes ialah Perancis dan Turki, sementara Rusia, United Kingdom dan Itali catat lebih 4 juta kes.

Sepanyol, Jerman, Argentina dan Colombia pula rekod lebih 3 juta kes.

Poland, Iran, Mexico dan Ukraine mencatat lebih 2 juta kes.

Peru, Indonesia, Afrika Selatan, Belanda, Kanada, Chile, dan Romania antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.

Negara dalam lingkungan 300,000 hingga 500,000 kes termasuk Malaysia, Slovakia dan Panama.

Negara lain merekodkan angka positif di antara 100,000 dan 300,000 kes.