JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 158.51 juta kes, berikutan lebih 700,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 32.73 juta kes.
Ini diikuti India dengan 22.66 juta kes dan Brazil dengan lebih 15.14 juta kes.
Manakala negara yang melebihi angka 5 juta kes adalah Perancis dan Turki, sementara Russia, United Kingdom dan Itali melebihi 4 juta kes.
Sepanyol, Jerman dan Argentina pula melebihi 3 juta kes.
Colombia, Poland, Iran dan Mexico mencatat lebih 2 juta kes.
Peru, Indonesia, Afrika Selatan, Belanda, Kanada, Chile dan Romania antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.
Negara dalam lingkungan 300,000 hingga 500,000 kes termasuk Malaysia, Slovakia dan Panama.
Negara lain merekodkan angka positif antara 100,000 dan 300,000 kes.
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 3.29 juta kes.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 582,000 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 421,000 kes, India lebih 246,000 kes, Mexico lebih 218,000 kes.
Sementara United Kingdom, Itali, Rusia dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Jerman, Sepanyol, Colombia, Iran, Poland, Argentina, Peru dan Afrika Selatan.
Manakala negara yang mencatatkan antara 30,000 hingga 50,000 kes kematian adalah Ukraine, Indonesia dan Turki.
Selain itu, Romania, Belgium dan Kanada pula mencatatkan lebih 20,000 angka korban.
Kebanyakan negara lain merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.
Astro Awani
Mon May 10 2021
Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 582,000 kes. - Foto fail
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Bubur Lambuk Ayam Belanda hidangan istimewa di Kampung Parit Sikom
Istimewa Ramadan 2024, penduduk kampung Parit Sikom, Pontian, Johor menikmati hidangan istimewa, Bubur Lambuk Ayam Belanda, yang diedarkan sebanyak 500 pek .
Penguasaan asas teknologi AI sangat penting untuk pelajar
Penguasaan terhadap asas AI adalah perlu dan penting seiring dengan penguasaan 3M (menulis, mengira dan membaca).
Pasaran saham ST1 positif, dijangka berterusan sehingga H2
Pasaran FBM KLCI mencatat prestasi baik dengan pulangan sekitar 5.7%. Imran Yassin Md Yusof, Ketua MIDF Research, menjangkakan sentimen positif akan berterusan sehingga separuh kedua tahun ini. Sektor cemerlang termasuk utiliti, hartanah, dan pembinaan.
Peningkatan IHPR beri petanda positif kepada perdagangan
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff, prestasi Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Pengeluaran Tempatan Malaysia yang meningkat pada Februari 2024 menyifatkan pertumbuhan perdagangan berada di tahap yang baik.
Jangan ambil tindakan sendiri, Malaysia ada undang-undang - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi amaran dan peringatan keras kepada orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri.
Kes COVID-19 global lepasi 400 juta - Johns Hopkins University
Amerika Syarikat melaporkan 77,025,027 kes dan 908,262 kematian, kedua-duanya merupakan jumlah tertinggi dunia.
COVID-19: Kes positif seluruh dunia melebihi 158 juta, korban 3.29 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 158.51 juta kes, berikutan lebih 700,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
COVID-19: Kes positif 111 juta, korban lebih 2.47 juta
Menurut data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal negara paling tinggi penularan pandemik berkenaan iaitu lebih 28 juta kes.
COVID-19: Kes positif global lebih 92.1 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 92.1 juta kes.
COVID-19: Kes positif global 76.1 juta
Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan 17,609,107 kes jangkitan.
COVID-19: Kematian global kini 1.67 juta
Angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia berdasarkan data Johns Hopkins University kini mencecah 1.66 juta kes.
COVID-19: Kes jangkitan seluruh dunia cecah 74 juta
Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan 16.88 juta kes jangkitan.
COVID-19: Kes jangkitan seluruh dunia cecah 73.25 juta
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan 16.63 juta kes jangkitan.
COVID-19: Kes positif global lebih 36 juta
Jumlah kumulatif kes positif global COVID-19 dilihat melepasi 36 juta apabila kira-kira 370,525 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.