JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 153 juta.

Ia berikutan lebih 800,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan hampir 32.5 juta kes.

Ini diikuti India dengan 20.2 juta kes dan Brazil dengan lebih 14.77 juta kes.

Manakala negara yang melebihi angka 5 juta kes ialah Perancis, sementara Turki, Rusia, United Kingdom dan Itali melebihi 4 juta kes.

Sepanyol dan Jerman pula melebihi 3 juta kes.

Argentina, Colombia, Poland, Iran dan Mexico mencatat lebih 2 juta kes.

Afrika Selatan, Indonesia, Peru, Kanada, Chile, Romania dan Belanda pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.

Negara dalam lingkungan 300,000 hingga 500,000 kes termasuk Jepun, Arab Saudi, Panama, Slovakia dan Malaysia.

Negara lain merekodkan angka positif di antara 100,000 dan 300,000 kes.