Jumlah kumulatif kes positif global COVID-19 kini melebihi 34.73 juta.

Ini berikutan lebih 290,000 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 7.36 juta kes jangkitan.

Ini diikuti India dengan 6.47 juta kes, manakala Brazil merekodkan 4.88 juta kes.

Jangkitan COVID-19 di Rusia pula melepasi angka 1.19 juta kes.

Sementara itu Colombia, Peru, Sepanyol, Mexico, Argentina, Afrika Selatan dan Perancis melepasi angka setengah juta kes.

Antara negara yang merekodkan angka jangkitan dalam lingkungan 300,000 hingga 500,000 ialah United Kingdom, Chile, Iran, Iraq, dan Bangladesh.

Sementara itu, negara yang melepasi angka 100,000 hingga 200,000 ialah Jerman, Indonesia, Ukraine, Kanada, Ecuador, Bolivia, dan Qatar.

Negara lain masih merekodkan angka positif di bawah 100,000.