awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
VM2026: Malaysia tawar pengalaman pelancongan bernilai tinggi
Mamady Doumbouya menang besar, dipilih Presiden Guinea dengan 86.72 peratus undi
Amaran hujan berterusan tahap buruk, waspada di Sarawak - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 'Lockdown' berakhir 15 Mei, New York sedia untuk pembukaan semula

Astro Awani
Astro Awani
12/05/2020
02:00 MYT
COVID-19: 'Lockdown' berakhir 15 Mei, New York sedia untuk pembukaan semula
Cuomo menetapkan tujuh kriteria untuk wilayah itu mulai dibuka. -Foto governor.ny.gov
Gabenor New York Andrew Cuomo mengumumkan arahan tinggal di rumah di seluruh negeri itu akan berakhir 15 Mei ini.
Tegasnya, ia merupakan langkah besar dalam perjalanan bersejarah untuk meneruskan usaha memerangi wabak koronavirus.
"Ini fasa baharu yang menarik.
"Kita semua ingin kembali bekerja. Kita mahu melakukannya," kata Cuomo.
Jumlah diagnosis, kemasukan ke hospital, intubasi dan kematian berkaitan koronavirus di negeri itu dilaporkan menurun dengan hanya 161 warganya meninggal dunia pada Ahad.
Namun begitu, Cuomo menekankan bahawa jumlah kematian harian masih terlalu tinggi.
"Kami melihat semua hala tuju menuju ke arah yang betul.
"Penurunan telah sampai ke titik di mana kita baru memulakan perjalanan," ujarnya.
Cuomo menetapkan tujuh kriteria untuk wilayah itu mulai dibuka.
Ia merangkumi kemampuan ujian yang mencukupi, penurunan 14 hari dalam jumlah kemasukan ke hospital, dan juga pasukan 30 pengesanan untuk 100,000 penduduk.
Pengesanan kontak membantu mengenal pasti individu yang pernah bertemu seseorang yang positif menghidap virus sebelum didiagnosis.
Kini hanya tiga wilayah yang memenuhi kriteria itu termasuk Finger Lakes, Southern Tier dan Mohawk Valley.
Sebilangan kecil wilayah lain hampir dibuka berdasarkan peraturan gabenor masing-masing.
Mereka juga harus mengambil pendekatan untuk membuka kembali perniagaan, dengan Cuomo menetapkan empat fasa pembukaan perniagaan yang dinilai berdasarkan kepentingan dan risiko kesihatan awam.
Setiap wilayah akan memiliki apa yang disebut oleh Cuomo sebagai "ruang kawalan" yang akan memantau dan menghentikan pembukaan semula setempat jika virus mula kembali.
Topic Berkaitan
#Andrew Cuomo
#arahan tinggal di rumah
#AS
#COVID-19
#Finger Lakes
#Gabenor New York
#jumlah kematian harian masih terlalu tinggi
#Mohawk Valley
#New York
#Southern Tier
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan