awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelancaran PlayStation 6 dijangka ditangguh selepas 2027 akibat kekurangan RAM
Meta dilapor beli Manus pada nilai lebih AS$2 bilion, perkhidmatan kekal beroperasi
[KOLUMNIS] Senyap tetapi berimpak, fungsi berterusan universiti memperkasa komuniti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: New York masih catat kematian tertinggi

Agensi
Agensi
12/04/2020
23:22 MYT
COVID-19: New York masih catat kematian tertinggi
New York, bandar yang paling teruk terjejas di AS masih mencatat kes kematian paling tinggi. -REUTERS
New York, bandar yang paling teruk terjejas di Amerika Syarikat (AS) akibat COVID-19 masih mempunyai kes kematian paling tinggi dengan 5,226 kes.
Ini sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan korban di New York sebanyak 9,385 kes.
Gabenor Andrew Cuomo berkata angka korban untuk enam hari berturut-turut pada minggu lalu melebihi 700 mangsa sehari.
Pada Sabtu, terdapat 758 mangsa lagi yang maut, manakala mereka yang masih dirawat di hospital adalah sebanyak 18,707.
Cuomo dan Datuk Bandar New York, Bill De Blasio tidak mencapai kata sepakat dalam penutupan sekolah di negeri terbesar negara itu.
De Blasio mengumumkan sekolah awam yang mempunyai 1.1 juta pelajar akan ditutup sepanjang tahun akedemik untuk mengekang penyebaran virus.
Cuomo mempersoalkan keputusan De Blasio dalam perkara itu, namun Datuk Bandar itu berkata ia adalah keputusan yang betul untuk dilakukan.
Dua jam kemudian, Cuomo mengulangi pendiriannya bahawa penutupan sekolah akan dilakukan secara koordinasi melalui daerah di seluruh bandar.
Katanya, penutupan sekolah untuk tahun ini adalah keputusan yang pramatang dan tiada siapa yang boleh membuat keputusan tepat sekarang.
Dalam pada itu, Cuomo berkata, beliau akan menandatangani arahan kepada majikan untuk membekalkan perlatan perlindungan seperti penutup muka kepada pekerja mereka apabila berinteraksi dengan orang awam.
Topic Berkaitan
#Andrew Cuomo
#AS
#Bill de Blasio
#COVID-19
#Hospital
#kes kematian paling tinggi
#koronavirus
#New York
#penutup muka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan