awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beyonce kini bergelar bilionair, kukuhkan status ikon global - Forbes
George Clooney, Amal dan anak kembar terima kewarganegaraan Perancis
Ukraine nafi serangan dron ke atas kediaman Putin, tuduh Rusia cuba gagalkan rundingan damai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Olimpik Tokyo boleh dibatal jika 'situasi menjadi mustahil' - Setiausaha Agung LDP

Agensi
Agensi
15/04/2021
06:30 MYT
COVID-19: Olimpik Tokyo boleh dibatal jika 'situasi menjadi mustahil' - Setiausaha Agung LDP
"Jika jangkitan menular kerana temasya Olimpik, saya tidak tahu apa perlunya Olimpik," kata Toshihiro Nikai. - Reuters
TOKYO: Seorang ahli politik kanan dari parti pemerintah kerajaan Jepun memberi amaran bahawa penganjuran Olimpik Tokyo boleh dibatalkan jika keadaan tidak mengizinkan akibat COVID-19, memandangkan terdapat trend peningkatan jangkitan virus itu di negara berkenaan.
Kenyataan berkenaan dipetik dari media tempatan pada Khamis daripada Toshihiro Nikai, iaitu Setiausaha Agung dari Parti Liberal Demokratik (LDP) pimpinan Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga.
"Kita perlu batalkannya tanpa teragak-agak jika situasi ini menjadi lebih mustahil.
"Jika jangkitan menular kerana temasya Olimpik, saya tidak tahu apa perlunya Olimpik," kata Toshihiro yang merupakan figura politik yang dihormati di Negara Matahari Terbit itu.
Kenyataannya itu dibuat sewaktu rakaman sebuah program televisyen.
"Sangat penting bagi Jepun untuk menggalakkan rasa teruja dengan sokongan daripada orang ramai, ini (penganjuran Olimpik) memang suatu peluang.
"Kita memang mahu menjayakan ini (Olimpik), tetapi ada banyak isu perlu diselesaikan," katanya.
Temasya sukan terbesar di dunia itu sudahpun sebelum ini tertangguh selama setahun, dan kemudian diputuskan untuk diteruskan tanpa kehadiran penonton antarabangsa.
Terkini, Jepun dicengkam ancaman penularan jangkitan koronavirus, dengan angka menunjukkan trend peningkatan di Tokyo selepas kerajaan menghentikan perintah darurat. Osaka juga kini merekodkan jumlah kes baharu yang tinggi.
BACA: Larian obor Olimpik Tokyo tidak dilakukan di jalanan Osaka
Topic Berkaitan
#Olimpik Tokyo
#pandemik
#COVID-19
#temasya sukan
#Tokyo
#peningkatan kes
#sukan
#Toshihiro Nikai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan