COVID-19: Pegawai kesihatan China "tersalah kira" angka kematian

Agensi
Februari 14, 2020 04:52 MYT
Ia sekali gus menjadikan angka kematian terkini di wilayah Hubei adalah 108 berbanding 116 kematian setakat pukul 8 pagi, hari ini. - Foto China Daily/REUTERS ATTENTION
CHINA terpaksa membetulkan angka kumulatif kematian membabitkan wabak koronavirus (COVID-19) kepada 1,380 berbanding 1,488 mangsa yang dilaporkan pada awal Jumaat.
Suruhanjaya Kesihatan Negara China (NHC) memaklumkan ralat tersebut dikesan selepas pegawai bertugas dikatakan membuat kiraan lebih sekali melibatkan beberapa kematian.
Ia sekali gus menjadikan angka kematian terkini di wilayah Hubei adalah 108 berbanding 116 kematian setakat pukul 8 pagi, hari ini.
BACA: COVID-19: 4,823 kes baharu, 116 kematian dilapor di China
BACA: [LAPOR LANGSUNG] COVID-19 Angka kematian terus meningkat
Selain itu, Suruhanjaya itu turut memaklumkan jumlah kumulatif kes positif jangkitan di wilayah Hubei adalah 1,043 kes, menjadikan jumlah kes yang direkodkan di seluruh negara adalah 63,851.
Terdahulu, China mengumumkan sebanyak 4,823 lagi kes terbaharu membabitkan jangkitan wabak COVID-19 di wilayah Hubei.
#China #coronavirus #COVID-19 #Hubei #kematian #Kematian koronavirus #kes positif #Malaysia #Singapura #Thailand #Wabak koronavirus #Wuhan