CHINA mengumumkan sebanyak 4,823 lagi kes terbaharu membabitkan jangkitan wabak COVID-19 di wilayah Hubei, China pada Jumaat.

Sejumlah 116 lagi kematian turut dilapor membawa angka korban terkini di negara itu kepada 1,483 setakat jam 8 pagi ini.

Setakat ini, jumlah keseluruhan kes jangkitan di seluruh dunia ialah 64,312 dengan angka kematian 1,486.

Kes kematian terbaharu di Jepun awal pagi ini menjadikan angka korban di luar China kini ialah tiga.