PERINTAH berkurung di bandar kedua terbesar Australia, Melbourne dilanjutkan untuk tempoh satu minggu lagi.
Pemangku Ketua Menteri Victoria, James Merlino memaklumkan, keputusan itu dibuat berikutan pengesanan kluster COVID-19 yang meningkat.
"Kalau kita biarkan tanpa dikawal, angka akan mencanak naik," katanya di Melbourne pada Rabu.
Melbourne akan terus dikenakan sekatan selama tujuh hari lagi bermula Jumaat, namun sekatan berkaitan pandemik akan dilonggarkan di beberapa tempat lain di bandar itu.
Terdahulu, seorang individu dari Melbourne dilaporkan menghadiri majlis perkahwinan di India.
Dia dikatakan tidak dijangkiti ketika berada di negara itu namun dijangkiti ketika dalam tempoh kuarantin 14 hari di Australia.
Jangkitan tersebut berpunca daripada seorang pengembara lain yang turut berada di pusat kuarantin sama.
Perintah berkurung ini adalah kali keempat dilaksanakan dengan 60 kes aktif direkodkan setakat ini, selepas enam kes baharu dilaporkan pada Rabu.
Astro Awani
Wed Jun 02 2021
Sebuah kafe kelihatan kosong di Melbourne, Australia, susulan perintah berkurung yang dikuatkuasakan di bandar raya itu, 27 Mei, 2021. (Foto AP)
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
India nasihat rakyatnya tangguh perjalanan ke Bangladesh
Pada Ahad, kerajaan Bangladesh umum perintah berkurung di seluruh negara dan menutup perkhidmatan Internet untuk menghentikan keganasan.
Perintah berkurung, pemadaman internet, rondaan tentera diteruskan di Bangladesh
Dalam arahan baharu, kerajaan Bangladesh telah melanjutkan perintah berkurung sehingga Khamis.
PM Srettha suarakan kebimbangan, nasihatkan rakyat Thailand di Dhaka supaya berwaspada
Srettha Thavisin menyatakan kebimbangannya mengenai situasi demonstrasi yang semakin memuncak di Bangladesh dan menasihatkan rakyat Thailand di ibu kota Dhaka supaya sentiasa berwaspada.
Tentera Bangladesh kenakan perintah berkurung selepas protes ragut 100 nyawa
Menteri Dalam Negeri Asaduzzaman Khan mengumumkan bahawa tentera akan dikerahkan di ibu kota Dhaka dan daerah-daerah lain.
Keganasan: Perintah berkurung dikuatkuasakan di bandar pedalaman Australia
Pihak berkuasa di sebuah bandar pedalaman Australia telah menguatkuasakan perintah berkurung susulan beberapa siri insiden keganasan.
Polis Perancis tahan 176 orang dalam protes kes polis bunuh remaja
Pihak berkuasa turut mengumumkan penggantungan perkhidmatan bas dan trem dalam dan sekitar Paris selepas 9 malam hari Khamis.
Enam maut ditembak di Mississippi
Pejabat Gabenor Tate Reeves berkata, seorang lelaki telah ditahan susulan kejadian tersebut.
Uganda laksana sekatan perjalanan, perintah berkurung bendung Ebola
Museveni berkata perintah berkurung di laksanakan di daerah berkenaan dari 7 malam hingga 6 pagi waktu tempatan.
Perintah berkurung perairan ESSZone dilanjut sehingga 22 September
Perintah berkurung dari 6 petang hingga 6 pagi itu melibatkan perairan Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.
Perintah berkurung perairan ESSZone dilanjut sehingga 7 September
Perintah dari 6 petang hingga 6 pagi itu melibatkan perairan Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.